Thursday, May 30, 2013

TIP SOALAN TEMUDUGA: KENAPA BERMINAT BEKERJA SEKTOR KERAJAAN

Tahniah GK ucapakan kepada korang yang dapat panggilan interview dari SPA..antara soalan yang kerap ditanya oleh penemuduga ialah:
Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta??
@
Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?

Untuk soalan ini ini antara jawapan yang korang boleh bagi..jawapan penyedap hati...

Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana:

1. Berjaya menempatkan diri sebagai penjawat awamadalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya kerana saya dapat berbakti kepada negara,bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

2. Bidang kerja di sektor awam adalah merupakan minat dan cita-cita saya sejak zaman persekolahan lagi dibantu dengan sokongan dan dorongan dari keluarga saya terutamanya dari ibu dan ayah yang amat berharap saya berjaya memasuki kerjaya disektor awam. Jadi, saya amat berharap saya dapat diterima sebagai seorang penjawat awam dan seterusnya dapat berbakti untuk negara.

3  Selain berkhidmat di sektor awam, saya jugaakan berterusan mendapat peluang untuk menambahkani lmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang kerja yang diceburi dengan adanya seminar,bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak lagi yang sememangnya amat bernilai bagi saya yang tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu pengetahuan yang tinggi.

4. Saya juga berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari kelayakan yang saya miliki sekarang dengan bantuan dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapa tmenyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri.

5. Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja disektor awam ini memberikan jaminan masa depan buatsaya dan juga keluarga saya. Biarlah orang berkata´kerja kerajaan ini gaji sikit je´ tetapi bagi saya, terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang berlaku di sektor swasta kini.

6. Ya, kenaikan pangkat! Semua orang menginginkan kenaikan pangkat dan juga gaji. Dalam sektor awam semuanya akan diberikan termasuklah kelebihan -kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti tahunan, KWSP, mudah buat pinjaman bank, dan lain-lain. Jadi ini memberikan galakan kepadaa saya untuk memasuki sektor awam berbanding swasta.


post signature

TIP MENJAWAB SOALAN TEMUDUGA: SILA PERKENALKAN DIRI ANDA?

Soalan yang wajib ditanya oleh penemuduga sembelum memulakan sesi temuduga ialah
" SILA PERKENALKAN DIRI ANDA?"
Jangan ambik mudah soalan ini..sebelum interview tulis dulu apa yang korang nak cakap dalam sesi perkenalkan diri nanti practice dulu skrip tue supaya tak tersasul nanti...ikut turutan apa yang dicakpa jangan main redah je...ok tips perkenalkan diri..
  1. Perkenalan nama anda (nama penuh jangan letak nama pendek je)
  2. Asal mana - cerita kelebihan tempat anda
  3. Ceritakan perihal keluarga anda- nama ayah, nama ibu, jumlah adik beradik dll
  4. Hobi dan kegemaran anda
  5. Cerita kelebihan anda
  6. Ceritakan perihal akademik anda- mula dari sekolah rendah sehingga yang tertinggi (beritahu CGPA, dan keputusan peperiksaan)
  7. Ceritakan pengalaman kerja anda- mula dari kerja yang awal dan disudahi dengan pekerjaan terkini- ceritakan perihal kerja yang anda telah lakukan- kalau boleh biar bersangkut paut dengan pekerjaan yang anda mohon sekarang.
  8. Harapan anda kepada pekerjaan ini. 
  9. Sebolehnya nyatakan keinginan  anda untuk mendapatkan pekerjaan ini.


post signature

SOALAN LAZIM TEMUDUGA KERAJAAN

Salam semua,
Ada tak antara korang yang dapat panggilan interview daripada SPA?
Kalau ada tahniah ye..mesti korang tertanya-tanya ye apa jenis soalan yang kerap ditanya ketika sesi temuduga nanti..
Ok GK nak bagi antara soalan yang favorite yang akan ditanya oleh interviewer..nak jawapan untuk soalan-soalan ini korang boleh klik link yang GK bagi ye...


  1.   Sila perkenalkan diri anda? untuk soalan ini klik link ini.
  2. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan yang dimainkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)?untuk soalan ini klik link ini.
  3. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda? untuk soalan ini klik link ini.
  4. Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan? Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan? untuk soalan ini klik link ini.
  5. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti? Peranan Jabatan & Kementerian ini? untuk soalan ini klik link ini.
  6. Semasa projek akhir disemester anda atau pekerjaan terakhir anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan…untuk soalan ini klik link ini
  7. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?untuk soalan ini klik link ini.
  8. Apakah matlamat dan perancangan anda untuk jangka masa pendek dan panjang?untuk soalan ini klik link ini.
  9. Kenapa memohon bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?untuk soalan ini klik link ini.
  10. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.?
  11. Jika anda diarahkan ditempatkan di Sabah Sarawak, adakah anda sanggup?- kalau korang ditanya soalan ini kebarangkalian nak dapat keje tue tinggi.
  12. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?untuk soalan ini klik link ini.
  13. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?untuk soalan ini klik link ini.
  14. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?
  15. Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?untuk soalan ini klik link ini.
  16. Bagaimana pendekatan yang anda gunakan bagi menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?untuk soalan ini klik link ini.
  17. Sila ambil tahu senarai nama menteri Malaysia dan juga timbalannya - untuk soalan ini klik link ini.
  18. Sila dapatkan maklumat setiap Perdana menteri Malaysia dan sumbangan mereka kepada negara- untuk soalan ini klik link ini.
  19. Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?-untuk soalan ini klik link ini.
  20. Adakah anda bekerja sebelum ini? Jika ya, sila ceritakan bidang pekerjaan sebelum ini. 
  21. Wajarkah kerajaan menghapuskan memotong subsidi kerajaan. Mengapa?untuk soalan ini klik link ini.

post signature






Friday, May 10, 2013

GAMBAR PRA-PERKAHWINAN BEEGO DAN LINDA HASHIM

Dah nak kawin anak dara pak hashim ni ye..
pelakon drama Beego dan linda hashim akan menamatkan zaman bujang mereka pada 6 jun 2013 ini.
Jom kita tengok sebahagian gambar pra-perkahwinan diorang yang berlatar belakangkan flora dan fauna..memang cute la linda dalam gambar pre wedding nie. ala-ala omputih zaman 50-an gitu...
GK just upload 4 kalau korang nak lagi boleh layari izyan.com ye...




NOTA KAKI;
Semoga perkahwinan kali ke-2 untuk beego ini berkekalan sehingga akhir hayat...jaga linda elok2 tau...
post signature

IKLAN BERBAYAR

There was an error in this gadget

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails