NAK TAU INFO KLIK SINI

Thursday, July 10, 2014

BONUS RAYA 2014 UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN PERLIS

KANGAR: Kerajaan Perlis turut mengikuti langkah Kerajaan Pusat membayar bonus sebanyak RM500 kepada kakitangannya termasuk pekerja yang berstatus kontrak sempena Adilfitri.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, berkata kumpulan yang layak menerima bonus itu adalah kakitangan gred 1 hingga 54 dan pembayaran akan dibuat dalam masa terdekat. 


Bercakap kepada pemberita semasa ditemui pada majlis berbuka puasa bersama media di Hotel Putra Palace di sini malam tadi, beliau berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Exco di sini petang semalam. 

"Mesyuarat juga memutuskan bonus tahun ini diperluaskan kepada kakitangan yang dilantik secara kontrak tetapi tidak tertakluk kepada pekeliling Kerajaan Persekutuan," katanya.

Azlan bagaimanapun tidak menyatakan jumlah pembayaran tetapi bagi kakitangan kontrak melibatkan peruntukan lebih RM70,000.

Bagi anak syarikat milik kerajaan negeri (GLC), beliau berkata Ahli Lembaga Pengarah syarikat perlu membuat keputusan berdasarkan kedudukan kewangan masing-masing.

Katanya mengikut amalan sebelum ini, pekerja GLC juga diberikan sagu hati sebagaimana yang dinikmati kakitangan di sektor kerajaan. 
"Sebelum ini kedudukan kewangan GLC-GLC stabil, jadi tiada masalah mereka dibayar sagu hati sempena Aidilfitri," katanya. - BERNAMA



post signature

2 comments :

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP