Salam korang apa habaq?sihat ka?dah ganti posa? ramadhan akan menjelma dalam bulan 7 nie insyallah..posa yang tahun-tahun sebelumnya dah bayar ker?
kalau tinggal posa dah bertahun-tahun korang kena bayar fidyah tau...
Nak tau apa itu fidyah tak?ok jom GK explain...
Maksud Fidyah ialah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakilli satu hari yang tertinggal puasa Ramadhan padanya. Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 700gram.
Contohnya sipulan telah meninggalkan puasanya sebanyak 5 hari, maka dia wajib membayar Fidyahnya sebanyak 5 cupak beras kepada fakir miskin. Firman Allah yang bermaksud :
“(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran Fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi Fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Al-Baqarah : 184)
Fidyah dikenakan kepada orang yang tidak mampu berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa lagi. Maka dengan itu Islam telah memberikan keringanan (rukshoh) kepada mereka yang tidak boleh berpuasa dengan cara membayar Fidyah iaitu memberikan secupak beras kepada orang fakir miskin. Begitu juga kepada orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan kembali (setahun), maka dengan itu mereka dikehendaki berpuasa dan juga wajib memberikan secupak beras kepada fakir miskin. Begitu juga pada tahun seterusnya. Fidyah akan naik setiap tahun selagi mana orang tersebut tidak menggantikan puasanya
Nilai Fidyah untuk sehari meninggalkan puasa ialah secupak beras. Secupak beras mengikut kiraan metrik terkini di Malaysia ialah bersamaan dengan 700 gram. Justeru, secupak = 700 gram beras. Nilaian harga beras bagi 100 gram adalah bersamaan 13.3 sen. Jadi nilaian bagi 700 gram adalah lebih kurang 93.1 sen. Namun begitu adalah lebih afdhal mengikut firman Allah Ta'ala untuk melebihkan bayaran tersebut sebagaimana yang difahami menerusi ayat 184 surah al-Baqarah yang bermaksud:
NOTA KAKI:
Bayar fidyah dan ganti puasa arwah-arwah yang kita sayang sama...semoga roh mereka di rahmat Allah...

GOLONGAN YANG WAJIB BAYAR FIDYAH?
Bil.
|
Golongan
|
Fidyah
|
1.
|
Orang yang meninggalkan puasa kerana uzur syarie atau sengaja.
|
Wajib qadha sebelum datangnya Ramadhan akan datang, sekiranya masih belum mengqadha maka dikenakan fidyah.
|
2.
|
Uzur - tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa.
|
Fidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu mengqadha puasanya.
|
3.
|
Ibu hamil/ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang akan :
i. Kandungan terjejas ii. Air susunya kering
iii.Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinya
|
Fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah diqadha sebelum melangkah Ramadhan akan datang. Sekiaranya tidak mengqadha puasa sehingga masuknya Ramadhan, maka dikenakan fidyah berganda.
Wajib qadha sebelum Ramadhan akan datang dan sekiranya masih belum mengqadha maka barulah dikenakan fidyah.
|
Nilai fidyah dalam gram dan kadar untuk satu hari?
Nilai Fidyah untuk sehari meninggalkan puasa ialah secupak beras. Secupak beras mengikut kiraan metrik terkini di Malaysia ialah bersamaan dengan 700 gram. Justeru, secupak = 700 gram beras. Nilaian harga beras bagi 100 gram adalah bersamaan 13.3 sen. Jadi nilaian bagi 700 gram adalah lebih kurang 93.1 sen. Namun begitu adalah lebih afdhal mengikut firman Allah Ta'ala untuk melebihkan bayaran tersebut sebagaimana yang difahami menerusi ayat 184 surah al-Baqarah yang bermaksud:
"....barangsiapa yang menambah (memberi) lebih dari (yang sepatutnya) itu adalah lebih baik baginya..."
Oleh itu pihak PPZ-MAIWP menetapkan untuk harga fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan setelah digenapkan nilainya sebanyak RM 1.20. Wallahu a'alam.
Sumber harga beras : Beras Nasional (BERNAS)
Siapa yang layak terima duit fidyah?
Golongan fakir dan miskin.
Bolehkah membayar fidyah terus ke anak yatim?
Boleh sekiranya anak yatim tergolong dalam kategori fakir dan miskin.
Adakah sama berat satu cupak beras untuk fidyah 700 gram atau sekali kenyang makan?
Mengikut hukum kedua-duanya dibolehkan.
Apakah perbezaan antara berat secupak beras dan segantang baghdad?
Beras secupak adalah 700 gram manakala berat segantang mengikut makanan ruji masyarakat di Malaysia ialah 2.8kg. (4 cupak = 1 gantang [1 gantang 2.8kg / 4 = 700 gram]).
Bolehkah Fidyah dibayar kepada amil fitrah menggunakan resit fitrah?
Tidak boleh disamakan fidyah dengan fitrah kerana 2 perkara yang berbeza dari sudut syarak dan perlaksanaannya.
NOTA KAKI:
Bayar fidyah dan ganti puasa arwah-arwah yang kita sayang sama...semoga roh mereka di rahmat Allah...
owh mcm tu ye...
ReplyDeletethanks ye infonya..
sama2 kasih...gk pun kena bayar fidyah juga..aritu tinggal posa pasal tengah mengandung...
ReplyDeletegood info--thanx
ReplyDelete