Pelakon Yatt Hamzah terkejut
apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan
solat taubat baru-baru ini.
Sebelum itu dia bersama rakan
menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan
dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata
mengejar glamour sebagai artis popular.
“Setiba di rumah pada petang itu
Yatt terus buat solat taubat.”
Peliknya, kata Yatt, ketika dia
melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt
lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah
Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
“Yatt nampak semua wanita itu
digantung rambutnya pada api neraka.”
“Semua wanita itu meraung minta
Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”
Malam itu kata Yatt dia tertidur
di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.
Abang Nara pasti ada di antara
pembaca BeautifulNara yang mempunyai pengalaman yang hampir serupa dengan apa
yang dialami oleh Yatt.
NOTA KAKI:
Sejuknya bacaan entry pasal Yatt nie kat blog beautiful nara...semoga Yatt kekal bertudung..amin..
Salam, sekali sekala menemui cerita jalan pulang ini menyebabkan kita tersentuh
ReplyDelete