NAK TAU INFO KLIK SINI

Wednesday, August 8, 2012

HIDAYAH RAMADAN- SHILA HAMZAH MAHU KEKAL BERTUDUNG

Salam semua,
Mesti semua kenal dengan anak dara N.D lala nie kan..kekasih hati shaanaz pelakun yang terkenal dengan drama "BICARA HATI " tue..shila sekarang dah bertudung litup..
Dia mula pakai tudung sepenuhnya masa sabtu lepas..sebelum nie dia on off juga..besa la slow-slow nak berubah..kalau drastik nanti tak ikhlas tak guna juga..alhamdulilah Allah bagi hidayah kat dia untuk terus kekal bertudung..harap dia kan terus bertudung dan menutup aurat..
Ini dari akauan twitter dia
“Pada hari Sabtu lepas, saya ada terlibat dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Farah Fauzana tetapi ketika sampai di tempat penggambaran, saya membuka tudung.
“Pada saat itu, saya mula merasakan ada sesuatu yang kurang dan saya merasa tidak selesa apabila mengenakan tudung hanya sekadar suka-suka sahaja.
“Pada sebelah petang pula, Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya.
“Selepas bersiap, saya terus mencapai tudung dan pakai," katanya sambil menambah, "bermula pada saat itu, saya telah berazam untuk kekal bertudung sampai bila-bila."
Shila juga menyatakan hasrat untuk kekal dengan imej bertudung adalah atas kehendak dirinya sendiri.
“Ayah saya selalu berpesan pada saya, hidup ini adalah satu perjalanan. Solat itu penting bagi seorang Islam dan pelbagai ujian yang saya akan tempoh.
“Saya ingin memperbaiki hubungan saya dengan manusia dan juga dengan ALLAH,” jelas penyanyi ini.

“Saya harap peminat di luar nanti tidak akan salah faham apabila melihat sesetengah program raya jika saya tidak bertudung.
"Ini kerana program tersebut dilakukan sebelum saya bertudung," katanya. 

1 comment :

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP