Ketua Pengarah Kesihatan, Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Mahmood Adam berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pada 26 Nov lepas, SPA memutuskan Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.
apa nk jd lah ye ...
ReplyDeletehmmmmmmmmm no komen.... moga tidak berulang.
ReplyDelete