NAK TAU INFO KLIK SINI

Tuesday, August 19, 2014

CONTOH SOALAN TEMUDUGA: APAKAH PERANCANGAN JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG ANDA?

Penemuduga ingin menguji kamu seandainya korang berjaya menempatkan diri dalam sektor kerajaan  ini mesti korang akan perancangan jangka pendek dan perancangan jangka panjang yang korang akan harapkan dalam sektor yang dipohon...

Korang harus bijak menjawab soalan ini risau tersalah jawab kamu akan terjerut dengan soalan-soalan yang lebih mencabar lagi...

Disini GK nak kongsi tips untuk jawab soalan ini..

Apakah matlamat dan perancanganan anda untuk jangkamasa pendekdan panjang?


1)   Matlamat saya pada jangka pendek ini, Saya berharap agar mendapat perkerjaan yang tetap di sektor awam bagi menjamin kehidupan saya dan keluarga di masa depan. Saya amat berharap saya terpilih untuk menjawat jawatan ini kerana saya mampu melaksanakan tugas yang bakal saya pikul ini nanti. 

2) Matlamat saya pada jangka masa panjang ini..
    Saya amat berharap agar mendapat pekerjaan disektor kerajaan ini kerana ia menjamin masa depan saya di hari tua nanti...

Contoh jawapan lain:


  1. Berjaya menempatkan diri sebagai penjawat awam adalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya kerana saya dapat berbakti kepada negara,bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.
  2. Saya juga akan berterusan mendapat peluang untuk menambahkan ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang kerja yang diceburi dengan adanya seminar,bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak lagi yang sememangnya amat bernilai bagi saya yang tidakdapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu pengetahuan yang tinggi.
  3. Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja disektor awam ini memberikan jaminan masa depan buat saya dan juga keluarga saya. Biarlah orang berkata´kerja kerajaan ini gaji sikit je´ tetapi bagi saya, terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomis eperti yang berlaku di sektor swasta kini.
  4. Ya, kenaikan pangkat! Semua orang menginginkan kenaikan pangkat dan juga gaji. Dalam sektor awam semuanya akan diberikan termasuklah kelebihan- kelebihan lain seperti cuti bersalin 3 bulan lebih pada swasta hanya 2 bulan, cuti tahunan, KWSP, mudah buat pinjaman bank, dan lain-lain. Jadi ini memberikan galakan kepada saya untuk memasuki sektor awam berbanding swasta.


NOTA KAKI:
Sekiranya korang ada jawapan yang lain bolehlah dikongsikan diruang komen...

post signature

1 comment :

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP