NAK TAU INFO KLIK SINI

Friday, September 26, 2014

PUNCA BIAWAK SERANG BAYI DI MERSING

Biawak yang menyerang bayi berusia lapan bulan dalam kejadian di kuarters pekerja di Berjaya Resort, Pulau Tioman pagi semalam berkemunginan dalam keadaan lapar. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Khairiah Mohd Shariff berkata biawak daripada spesies biawak air itu amat jarang menyerang manusia kecuali merasa terancam atau lapar.
“Haiwan liar itu mungkin terlalu lapar dan menganggap bayi berkenaan sebagai makanannya sehingga menyerang dan menggigit muka mangsa,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.
Beliau tidak menolak kemungkinan ia juga berpunca daripada faktor pengabaian soal kebersihan di kawasan sekitar sehingga menjadi tarikan kepada haiwan liar itu memasuki rumah untuk mencari makanan. Sehubungan itu, Khairiah menyeru pihak pengurusan resort berkenaan supaya mempertingkat aspek kebersihan.
Antaranya termasuk memastikan pembuangan sisa makanan dilakukan secara lebih teratur untuk mengelak kawasan itu menjadi tarikan kepada haiwan berkenaan. Dalam masa sama, katanya Perhilitan juga telah menghantar anggotanya ke kawasan kejadian bagi menyiasat punca sebenar haiwan itu menyerang manusia.
Menerusi laporan Utusan pula, pakar-pakar veterinar juga sependapat dengan kenyataan diatas. Pengarah Bahagian Konservasi Biodiversiti, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Salman Saaban berkata, kes itu merupakan kali pertama yang dilaporkan melibatkan haiwan tersebut di negara ini.
Menurutnya, biawak selalunya tidak akan menyerang manusia sebaliknya melarikan diri apabila disergah atau diganggu jadi kemungkinan untuk haiwan tersebut berniat untuk memakan bayi tersebut adalah perkara yang sukar dipercayai.
“Kita harus melihat persekitaran kawasan mangsa diserang tersebut terlebih dahulu kerana biawak selalunya lebih tertarik kepada persekitaran yang kotor dan busuk. Biawak juga lebih gemar untuk memakan bangkai dan berkemungkinan haiwan tersebut menganggap bayi itu adalah bangkai,” katanya dipetik laporan berkenaan.
Tambah Salman, penduduk perlu bekerjasama membersihkan persekitaran perumahan mereka supaya tidak mengundang kehadiran haiwan tersebut untuk mengelakkan kes seperti itu berulang kembali.
Sementara itu, Pengarah Zoo Taiping, Dr. Kevin Lazarus berkata, biawak merupakan sejenis reptilia yang sering menyembunyikan diri daripada ditemui manusia.
“Kemungkinan untuk haiwan itu menyerang tanpa sebab sangat tipis kerana haiwan seperti itu hanya menyerang apabila diganggu oleh manusia. Kita tidak menolak kemungkinan haiwan itu berada dalam keadaan lapar dan melihat bayi tersebut sebagai mangsa,” katanya.
Menerusi sumber Bernama, bayi malang berkenaan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di HSA. Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata doktor dan kakitangan HSA terus memantau keadaan kesihatan bayi terbabit di wad kanak-kanak hospital berkenaan selepas dipindahkan dari Hospital Mersing semalam.
“Keadaan bayi itu stabil. Bayi terbabit mengalami kecederaan di bahagian muka akibat dicakar haiwan itu dan doktor telah mencuci luka itu serta menjahitnya. Keseluruhannya, lebih kurang 50 jahitan tetapi doktor menggunakan jarum dan benang paling halus. Luka paling panjang 8cm di atas kening kiri berbentuk ‘L’. Pihak hospital terus memantau keadaan kesihatannya terutama di bahagian yang mengalami kecederaan itu kerana bimbang dijangkiti bakteria,” katanya.

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP