NAK TAU INFO KLIK SINI

Monday, February 15, 2016

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB PERGURUAN 2016 BAGI LEPAS SPM

Permohonan online maktab perguruan 2016. Semua pelajar lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan di maktab perguruan bolehlah mula mengisi borang secara online.

Permohona online mula dibuka kepada semua yang berkelayakan pada 17 Februari 2016.

Berikut merupakan butir-butir mengenai permohonan maktab perguruan 2016 ini.
Syarat Kemasukan Kursus Maktab Perguruan PPISMP 2016
Warganegara Malaysia.
Umur mestilah tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2016 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1996.
Calon mesti sihat tubuh badan.
Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Calon mendapat gred cemerlang. Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu: i. Bahasa Melayu; danii. Sejarah.
Calon mestilah lulus Bahasa Inggeris.

Tarikh Tutup Permohonan
8 Mac 2016
Semakan Panggilan Temuduga UKCG 2015
23 hingga 29 Mac 2016
Tarikh Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2016

30 Mac hingga 3 April 2016
Semakan Keputusan Maktab Perguruan 2016
Mei 2016
keterangan lanjut: http://www.musadun.com/2015/02/permohonan-maktab-perguruan-2015


‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌‌👆‌‌kalau ada anak2 @ adik2 lepasan spm berminat, mohon sebarkan

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP