NAK TAU INFO KLIK SINI

Showing posts with label nukilanku. Show all posts
Showing posts with label nukilanku. Show all posts

Tuesday, June 23, 2015

UCAPAN PALING TERBAEEK UNTUK INSAN BERGELAR LELAKI

Siapa LELAKI?๐Ÿ‘จ๐Ÿ‘ด

LELAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling indah. Dia mula untuk bertolak ansur dari umur yang sangat muda. ๐Ÿ‘ฒ

Dia korbankan coklat ๐Ÿซnya.. untuk adik beradik ๐Ÿ‘ญnya.

Dia korbankan impian.. hanya untuk melihat orang tua ๐Ÿ‘ต๐Ÿ‘ดnya tersenyum.

Dia membelanjakan kesemua duit ๐Ÿ’ธuntuk beli hadiah ๐Ÿ’ untuk ๐Ÿ™‹ .. yang dia cinta ๐Ÿ’‘.. hanya untuk melihat dia tersenyum ☺

Dia korbankan kehidupan masa muda nya hanya untuk isteri ๐Ÿ‘ฉdan anak2๐Ÿ‘ญ๐Ÿ‘ฌ.. dengan bekerja lewat malam๐Ÿ•š ๐Ÿ˜ด tanpa sebarang keluhan.

Dia bina .. masa depan mereka sekelurga ๐Ÿ‘ชdengan membuat pinjaman ๐Ÿ’ฐdaripada bank ๐Ÿฆ dan membuat bayaran balik sepanjang hayatnya.๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜ฐ

Dia telah pun bersusah payah tapi masih dimarahi ibu ๐Ÿ‘ต, isteri ๐Ÿ‘ฉ dan boss ๐Ÿ‘จ.

Kehidupan dia berakhir hanya untuk bertolak ansur demi kebahagiaan ๐Ÿ’“ orang lain

Kalau dia keluar rumah ๐Ÿก, org kata dia lalai ๐Ÿ˜Ž

Kalau dia duduk dirumah, org kata dia malas ๐Ÿ™‡

Kalau dia marah ๐Ÿ˜  anak2 ๐Ÿ‘ซ, org kata dia raksaksa๐Ÿ‘บ

Kalau dia tak marah, org kata dia lelaki yang tak bertanggungjawab ๐Ÿ˜ณ

Kalau dia tak benarkan isteri ๐Ÿ‘ฉ bekerja, org kata dia seorang yang mengongkong ๐Ÿ˜’

Kalau dia benarkan isteri ๐Ÿ‘ฉ bekerja, org kata dia makan hasil isteri.

Kalau dia dengar cakap emak ๐Ÿ‘ต, org kata dia anak ๐Ÿ‘ฆ emak ๐Ÿ‘ต

Kalau dia dengar cakap isteri ๐Ÿ‘ฉ, org kata dia kena Queen Control ๐Ÿ‘ธ

Hargailah setiap lelaki dalam hidup anda. Anda tidak akan pernah tahu apa perngorbanan yang sudah dilakukan buat anda.

Berbaloi dihantar ke semua lelaki ๐Ÿ‘ด๐Ÿ‘จsupaya mereka tersenyum ☺ & kepada semua wanita ๐Ÿ‘ต๐Ÿ‘ฉ๐Ÿ‘ธ supaya mereka sedar yang lelaki itu amat berharga..

HAPPY MEN'S DAY"
Which never comes.

Have a great Day!
๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘


post signature

Wednesday, January 7, 2015

BUDAK 2 TAHUN BOLEH MENJAWAB SOALAN-SOALAN AGAMA DENGAN LANCAR

Assalamulaikum semua pembaca di blog ini, mungkin  ada yang pertama kali datang sini..GK ucapkan terima kasih kerana sudi datang dan membaca artikel disini...
Pada yang selalu datang ke blog GK ni..ucapan jutaan terima kasih sebab sudi luangkan masa baca coretan dari GK yang tak seberapa ini..
 
Alhamdulilah pejam celik-pejam celik tahun 2015 dah menghadirkan diri...banyak sebenarnya hajat tahun 2014 yang masih tertangguh dan belum dikecapi...GK harap tahun ini, kalau tak semua ada hajat dapat dicapai... tapi ada yang tercapai dah kira bersyukur..alhamdulilah...
 
Salah satu hajat GK yang ingin kongsi dengan korang adalah ingin mendidik anak-anak GK iaitu Aidil dan Adam menjadi insan yang celik ilmu agamanya...
 
Bila melihat anak-anak kecil di youtube yang berkebolehan mengaji, menghafal Al-quran dan bercakap Arab di usia yang muda seusia 2 tahun membuatkan GK membuak-buak ingin mempelajari teknik-teknik yang dilakukan oleh ibu bapa mereka...
 
Antara video yang menarik perhatian GK adalah video ini...

  
Perihal video ini ialah mengenai seorang kanak-kanak muslim lelaki berusia 2 tahun dapat menjawab setiap soalan yang dilontarkan oleh seorang perempuan yang GK rasa ibunya dengan lancar sekali dalam bahasa arab...Ada soalan-soalan yang ditanya seperti apa nama kamu?apa nama ustaz kamu, kamu tinggal dimana? apa nama nabi kamu?apa kiblat kamu? mak dia suruh mengucap...apa rukun islam? apa iman kamu?
 
Selepas itu ibunya menyuruh dia membaca ayat qursi, al-fatihah dan diikuti surah-surah pendek didalam Al-Quran ( surah ikhlas, surah al-falaq,suran an-nas dan lain-lain) ...alhamdulilah kanak-kanak ini boleh membaca dengan selancarnya walaupun salah taranum tapi ok la boleh diperbaiki..
 
Sudah menjadi tabiat budak-budak mesti akan ada benda yang menyebabkan dia hilang fokus seperti bunyi bising tapi adik ini masih dapat mengatasinya..
 
Diakhir soalan, ibu dia tanya dalam bahasa english...dan dia dapat jawab dengan lancar...subahanallah...
 

 
Masyallah, ibu nak didik anak-anak ibu jadi macam inilah...ibu harap hajat ibu ini akan jadi kenyataan sebab ibu dah nampak kebolehan dan kepintaran anak-anak memang ada hanya perlu diasah saja lagi..amin..
 
post signature

Monday, November 17, 2014

ANDAI TAJUK FILEM ENGLISH DITUKAR KE LOGHAT UTARA

Untuk menceria hari you oll semua ����

Kalau tajuk cita wayang omputih ada versi KEDAH
1- Bodo Piang (Dumb & Dumber)
2- Sejuk Gedi (Frozen)
3- Lup Takdan Kelih (Gone in 60 second)
4- Deghaih Sungguh (Fast & Furious)
5- Deghaih Nak Mampoih (2 Fast 2 Furious)
6- Laki Hitam Melegam (Men In Black)
7- Ambik Tak Habag (Taken)
8- Ambik Tak Habag Pulak Dah (Taken 2)
9- Cincin Bos Hang La (Lord of The Ring)
10- Budak2 Honag (Bad Boys)
11- Gena Nak Ajag Naga Hang (How To Train Your Dragon)
12- Kemetoit (Hobbit)
13- Plenet Beghok Makyeh (Planet of The Apes)
14- Muhong Aih (The Hoax)
15- Tempik (Scream)
16- Tak Bleh Gostan Dah (No Way Back)
17- Hilang Teghoih Kena Mmbuih Angin (Gone With The Wind)
18- Hangait Lit-lit (Heat)
19 - Nak Deghaih Saja (Need For Speed)
20 - Buat Kemaih (Get Smart)
21- Hero Kelam Gelamat (The Dark Knight)
22- Kelab Dok Mengkelai (Fight Club)
22- Tak Bleh Choit Aih (Untouchable)
23- Mampoih Keghaih (Die Hard)

����������������
Selamat Bekerja

Saturday, August 30, 2014

SIAPA YANG SAYANG IBU BACALAH..

Aku syg mak... , :'( mate aku berair baca bnda ni ...Kalo korang syg ibu baca lah ni , tak sampai 5 minit Pun.          Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)          Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .          Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .          Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak. Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak . Bila bangun tidur, aku cari , Mak . Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .          Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .          Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak . Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak . Bila nakal , yang memarahi aku , Mak . Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak . Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak . Bila takut , yang tenangkan aku , Mak . Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak . Aku selalu teringatkan , Mak . Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .          Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak . Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .  Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "  Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .          Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak . Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak . Bila ada masalah , yang paling risau , Mak . Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak . Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .          kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .          Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak . Yang selalu berleter kat aku , Mak . Yang selalu puji aku , Mak . Yang selalu nasihat aku , Mak .Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak . Aku ada pasangan hidup sendiri . Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .  Bila sedih , aku cari , Mak . Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku . Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak . Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku . Bila berduka , aku peluk erat , Emakku . Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku . Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .          Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku ! Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” ! Selalu , Aku ingat pasanganku !          Selalu , Mak ingat kat aku !  Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !          Entah bila , aku nak telefOn mak !          Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku ! Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !          Renungkan :  " Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak " Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . " Berderai air mata jika kita mendengarnya . Tapi kalau mak sudah tiada . " MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! " Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya ! Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !          Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !          Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !          Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !          Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !          Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !          Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :          1) TOlOng pergi kedai : RM4.00          2) TOlOng jaga adik : RM4.00          3) TOlOng buang sampah : RM1.00          4) TOlOng kemas bilik : RM2.00          5) TOlOng siram bunga : RM3.00          6) TOlOng sapu sampah : RM3.00          Jumlah : RM17.00          Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .          1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA          2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA          3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA          4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA          5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA          Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA          Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata , "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya . Jika kamu menyayangi ibumu , cOpy & paste/shere kanlah Status ini kepada sahabat sahabat anda .          IBU oh ibu kU syg pada muu... 

Monday, August 18, 2014

LAWAK: SAPA YANG TERKENO..

Seorang pakcik, berumur 70 an, datang ke sebuah bank untuk menyimpan duit.
Beliau menyimpan duit setiap hari. Sekali simpan.. RM5 ribu. kadang2 RM8 ribu.. ade jugak sampai RM12 ribu!!
Hal ini menarik perhatian Pengurus Bank. Banyak betul duit pakcik ni, tiap2 hari datang sini simpan duit, fikir Pengurus Bank.
Pengurus Bank pergi mendapatkan pakcik itu di kaunter urusan..
Pengurus Bank: Pakcik.. boleh saya tanya sesuatu?
Pakcik: Boleh.. ape salahnya..
Pengurus Bank: Saya pengurus bank ni. Saya dah lama perhatikan pakcik. Saya nampak pakcik simpan duit tiap2 hari. 5 ribu, 6 ribu, 10 ribu. banyak duit pakcik? pakcik keje ape sebenarnya?
Pakcik: Saya tak keje. saya menang bertaruh..
Pengurus Bank: Bertaruh? bertaruh camne tu?
Pakcik: Kalau nak tau.. kita bertaruh nak?
Pengurus Bank: Ok. saya tak kisah..
Pakcik: Macam ni.. 7 hari dari sekarang.. saya jamin.. 'telur' encik akan hilang..
Pengurus Bank: Hahahaha.. macamana pulak 'telur' saya bleh hilang ni? Kelakar!
Pakcik: Kalau encik tak percaya, tak apa. Minggu depan kalau telur encik hilang, encik kena bayar saya RM1000. kalau 'telur' encik masih ade lagi, saya akan bayar encik RM1000. kita jumpa minggu depan, kat sini..
Pengurus Bank: Ok..
Abis waktu keje, pengurus bank pulang ke rumah dalam keadaan takut. Walaupun tak percaya dengan kata2 pakcik tu, dia tetap risau..
Malam, sebelum tidur dia akan periksa 'telur' ade ke tidak.
Bangun pagi, perkara pertama beliau lakukan.. periksa 'telur' kot2 kalau 'telur'nya betul2 hilang!
Begitulah keadaannya sampai hari yg ke 7..
Pengurus bank amat gembira hari ini. dia akan dapat 'rezeki terpijak' RM1000!! 'Telur'nya masih selamat di tempat asal. Pakcik si kaki bertaruh sampai di bank dan terus menuju ke kaunter utk berjumpa pengurus bank tersebut. Pengurus bank menanti dengan senyuman..
Pengurus bank: Pakcik.. hari ni memang bukan rezeki pakcik..
Pakcik: Kenapa pulak?
Pengurus bank: Nampaknya pakcik dah kalah.. 'telur' saya masih ada..
Pakcik: Ye ke ada? tak percaya la.. boleh saya periksa?
Pengurus bank: Silakan..
Pengurus bank bangun dan pakcik itu memegang 'telur' si pengurus bank.
Pakcik: Erm.. Nasib encik memang baik.. 'telur' encik masih ada. Nampaknya saya dah kalah kali ni..
Pakcik itu menghulurkan RM1000 kepada pengurus bank..
Pengurus bank: Hahahaha! itu la pakcik.. kalau nak bertaruh.. tengok org la dulu.. hahahahaha..
Pakcik itu terus keluar dari bank tanpa berkata apa2..
Selang 10 minit kemudian, pakcik itu masuk balik ke dalam bank dan terus menuju ke kaunter untuk membuat urusan..
Pengurus bank: Aik? datang balik? nak buat apa pulak ni?
Pakcik: Saya nak simpan duit.. Nah.. RM7000.. masukkan dalam akaun saya..
Pengurus bank: Tapi.... mana datangnya duit sebanyak ni?
Pakcik: Nampak jaga kat luar yg tengah tengok kita tu? Saya bertaruh RM7000 ngan dia yg hari ni saya akan pegang 'telur' pengurus bank ni..
Pengurus bank: CELAKEEEE!!!!

LAWAK: EDISI KENTUT

Kisah kentut ketika mesyuarat sedang berlangsung di antara para guru dan guru besar, tiba2 terdengar bunyi "phooooott" disusuli aroma yang kurang enak. Lalu para guru masing2 memberikan komen :
Guru Maths : Hmmm.. Sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi-bahagi..
Guru Muzik : Wahh... Bunyi nadanya terletak pada chord c major.
Guru Fizik : Itu lah sebenarnya inner power, tenaga yg digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa. 
Guru Biologi : Begitulah cara makhluk hidup meneruskan hidupnya.
Guru Agama : Ini la salah satu penyebab batalnya wuduk. 
Guru Geografi : Kedudukannya mengikut arah mata angin.
Guru Kaunseling : Perilaku ini tak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun. 
Guru Sastera : Perkataannya boleh diuntai ditulis, namun aromanya nan satu manakan dapat diungkapkan dengan kata2.
Guru Bahasa : Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkap predikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya.
Guru Sejarah : Salah satu penyebab berlakunya perang mulut.
Guru Besar : Sememangnya saya yang kentut... Besar betulkah masalahnya???


LAWAK: KERTAS JULAI SPM EDISI UTARA

Loghat Kedah/Utara SPM Kertas Julai 1981 Bahagian I.
Anda diberi 30 minit untuk menjawab soalan-solan berikut.
Sila jawab semua soalan. Pilih jawapan yang paling sesuai untuk soalan-soalan di bawah.
Markah lulus adalah 60 peratus.
 ___________________________
1.  Tulong dengaq habih-habih na……toksah dok tebiang satni hang muleh kot
Ayat di atas kedengaran dalam satu perbualan Antara dua sahabat. Dalam kontek ini ayat tersebut merupakan
A)     Nasihat
B)      Amaran
C)      Gurauan
D)     Pujukan
__________________________
2.   Awat la yang hangpa dok tahana kat menatang depa bukan gheti apa……
“Tahana” dalam ayat di atas boleh digantikan dengan perkataan
A)     Membelai
B)      Mendera
C)      Memberi makan
D)     Memandikan
 _____________________________
3. Susunkan perkataan-perkataan di bawah mengikut turutan yang paling dekat hingga paling jauh
I Tengalong
II Balin
III Punggai
IV Hawin
V Tauk
 A)     III, I, II, V, IV
B)      V, III, IV, II, I
C)      III, II, IV, I, V
D)     V, IV, II, I, III
 ____________________________
4.   “Mangkaq, Menghelorp, Kelolo, Loklaq”
Perkataan manakah yang tak sepatutnya berada dalam kumpulan di atas
A)     Mangkaq
B)      Menghelop
C)      Kelolo
D)     Loklaq
 ____________________________
5.   Perbuatan-perbuatan di bawah adalah reaksi manusia semasa ditimpa musibah
I Kelupoq
II Teghiak
III Meghaung
IV Keghyau
 Susunkan mengikut turutan dari kurang ke paling serius
A)     I, II, III, IV
B)      II, I, IV, III
C)      II, IV, III, I
D)     II, III, I, IV
_______________________________
6.    Awang Bokceh terghjun keleborg habih selut belutin
Ayat di atas menceritakan perihal Awang Bokceh yang bermain
A)     Payung terjun
B)      Guli dalam tin
C)      Dalam Lumpur
D)     Dalam sungai
 ___________________________
7.   Menaboq, meghedih, menanam, menyulam, mengerat, memukoi, mengughoi
Perakataan-perkataan  di atas adalah proses
A)     Pemiliharaan lintah dari benih kecil hingga dewasa
B)      Semaian padi hingga menuai
C)      Semaian getah hingga menoreh
D)     Penanaman kopi hingga bancuhan kopi
 _______________________________
8.   Pak Arq la ni sesak tak sangga sekepiang ghabit pun haram aih
“Sekepiang ghabit” dalam ayat di atas merujuk kepada
A)     Binatang
B)      Perbuatan
C)      Duit
D)     Riba

 _______________________________
9.   “Daih, Pelekorh, Highik, Ghenyak” adalah perbuatan untuk
A)     Membuat kenduri
B)      Membaca buku
C)      Mengalahkan lawan
D)     Menghidupkan api
 _______________________________
10.   Mokalo hat pri depa celapak meneghu
“Celapak meneghu” dalam ayat di atas boleh digantikan dengan
A)     Timpa kelam
B)      Gelak Wakwit-wakwit
C)      Pulun habih ghiang
D)     Singkei gigi
 ________________________________
11.   “Kebah” ataupun “Melanuih” adalah perkataan-perktaan yang merujuk kepada
A)     Tahap kegemukan seseorang
B)      Tahap kesihatan seseorang
C)      Tahap keseronokan bermain
D)     Tahap kepayahan soalan peperiksaan
 _____________________________
12.   Hang kena ……..… , pi la sua …………..baghu depa uloq mai
Perkataan-perkataan yang sesuai dalam ayat di atas adalah
A)     ranggi, bangkong
B)      jadi ponen, ketorg
C)      hemoi, domoi
D)     baloq, cenonot
 ____________________________
13.   “Daje, pelaq, pulaih hawaq” adalah perkataan-perkataan yang digunakan sebagai
A)     Pujukan
B)      Pujian
C)      Makian
D)     Jampian
 _________________________________
14.   “Tobat dan panah lintaq” adalah perkataan-perkataan yang sering digunakan semasa
A)     Bersumpah
B)      Bermain hujan
C)       Bermain wau
D)     Bersenam
 _____________________________
15.  “Teghebei, Cakplong, Jengkek dan Toi” adalah jenis-jenis
A)     Makanan pembasuh mulut
B)      Senjata orang dewasa
C)      Pakaian tarian makyong
D)     Permainan kanak-kanak

 __________________________
16.   “Seghork, Gedeho’q, Mentara, Stimet, Ketoq” adalah istilah-istilah yang digunakan semasa
A)     Menuai padi
B)      Membuat kenduri
C)      Menjual Lembu dan Ayam
D)     Menoreh getah waktu hujan
 ______________________________
19.   Lengkapkan ayat di bawah.
Takpa, takpa, satgi habih temakau tinggai……..
A)     Cem pegha
B)      Cemerghkap
C)      Celepa
D)     Cemuih
...Jawab kaihhh..

Monday, July 28, 2014

DOA AKHIR RAMADAN UNTUK SEMUA

Doa Akhir Ramadhan serta Ucapan Selamat Hari Raya daripada GK sekeluarga:
ุงَู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ ُ
ุจِุณْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ๏ทฒ ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงู„ุฑุญูŠู…
Ya Allah...
Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yg terakhir dlm hidup kami. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasa kami ini sebagai puasa yg dirahmati, bukan puasa yg sia-sia.
Seandainya masih ada pd kami dosa yg belum Engkau ampuni dan dosa yg menyebabkan kami diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar mlm ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya Wahai Yg Paling Pengasih dari semua yg mengasihi.
Ya Allah...
Terimalah puasa kami dgn sebaik2 penerimaan, perkenan kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredhaan mu Ya Allah.. Sehingga Engkau  memenangkan kami dgn segala kebaikan yg dituntut, segala anugerah yg Engkau curahkan dibulan ini.
Selamatkan kami didalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yg mengancam dan dosa yg berterusan. Demikian jua dgn rahmat Mu, golongkan kami kedalam golongan org2 yg mendaptkan (keutamaan) dimalam al-Qadar. Mlm yg telah Engkau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.
Semoga perpisahan kami dgn Ramadan ini bukanlah perpisahan utk selamanya dan bukan juga pertemuan terakhir kami. Moga kami dpt kembali bertemu pada Ramadan mendatang dlm keadaan penuh harapan dan kesejeteraan.
ุขู…ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ูŠู†
ูŠุง ุฑุจّ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู†
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Mohon maaf zahir dan batin

Sunday, July 20, 2014

INI RUPANYA PUNCA KIKI PEMILIK PEUGEOT MENGAMUK

Dapat whatsapp dari kawan pasal si kiki ni... GK pun terpikir juga...payah seseorang wanita ni nak mengamuk kalau tak dak hal yang "menyentuhnya"...pasal tu sepanjang kes kiki dengan uncle lim mana ada satu post pun GK siarkan kat blog ni sebab GK nak tau cite disebalik kejadian...
Orang kita hanya pandai menilai dari apa yang mereka lihat di video...mereka malas nak kaji apa yang tiada dimata...
Bulan puasa ni jom perbanyakkan ibadat...sapa yang penah dok mengata kiki mintak maaf la...dia dah la tak kenal korang tapi korang kutuk dia macam kenal rapat je...(ini apa yang GK perati dalam FB la)..


Salinan dari whatsapp:
[7/20, 00:27] naser lpm: baca n fikirkan
Disini saya ingin menceritakan punca sebenar yang menyebabkan kiki mengamuk ( tiada dalam rakaman video viral). Sebaik saja kereta Pegeot Kiki dilanggar oleh kereta toyota uncle Sim, beliau teros keluar dalam keadaan amat kecewa sebelom bergegas mendptkan uncle sim yg masih berada di dlm kereta. Kire2 seminit Kiki ketuk cermin pintu kereta tersebut bgi menyuruh uncle tersebut keluar.. Sebaliknye uncle tu hnya menurunkan cermin dan berkata " sikit saja ma, kasi cincai lorh". Kiki yg tidak puas hati terus ketuk cermin terbabit kali ni agak kuat. Sebaliknye uncle tersebut mengeluarkan not rm50 dan paksa kiki ambil.
Akibat berasa tercabar dgn tindakan uncle yg tak sporting tu, Kiki teros mengambil lock stereng dan mengetuk kereta terbabit. Sebenarnya tindakan kiki bukanlah hendak mencederakan uncle sim. Sebaliknye mahu uncle sim keluar. Sebaik saja uncle keluar.. Kiki teros merampas kunci kenderaan toyota terbabit. Uncle yg terkejut dgn tindakan kiki tersebut telah terlepas cakap mengatakan "pukimak melayu sohai".
Dan berlakulah tindakan yg tidak terkawal bila Kiki mengamuk. Hal yg sebenarnya Kiki mengamuk bukanlah sebab kenderaannya dilanggar sebaliknye tindakan celupar uncle tersebut menghina bangsa melayu.
Seharusnya kita bersama sama Kiki menyokong beliau dari belakang. Tapi ape yg berlaku, kiki berterusan dihina. Malah ada ugutan utk merogol beliau yg pihak media sendiri tidak mahu siarkan. Sebaliknye berterusan memuji uncle sim.
Biadap.cina ok maa..klau melayu buat riuh satu dunia mcm kes kiki. Copy dr report yg kiki bt .
[7/20, 01:17]
dah banyak cina maki melayu sebelum ni..ada melayu brani balas?maki polis pun berlambak..memang kes kiki ada yg tersirat..mulanya aku tak setuju juga dgn kiki..sehari lepas tu aku terfikir bahawa..kalau kejadian itu berlaku di serdang or sg besi..kawasan cina...apa akan jadi pada kiki?sah terus kena rogol.sim tak brani nak melawan coz...tu kws ramai melayu masa tu..nampos la kalau dia fight dgn kiki..copy dr kawan

Friday, July 18, 2014

KUIH RAYA UNTUK PERWIRAKU DI PERBATASAN DI LAHAD DATU

Lebaran kali ni anak-anak GK tak sempat nak beraya dengan abah diorang..sebab abah diorang dok diperbatasan kat Lahad Datu...sedih juga raya tanpa suami..terus terang GK langsung tak beli baju raya untuk GK...GK hanya beli untuk anak-anak je...mood raya tak dak langsung...duit bonus kami suami isteri masih kemas tak terusik...malah duit gaji dia pun GK tak usik..biar la...mood nak raya nak beli persiapan raya tak sampai lagi...

Pagi tadi GK dok menyembang dengan kak ipar pasal kejadian MH17 yang meletup...
Si abang, anak GK yang sulung umur 3 tahun dengaq perbualan kami..
dia mai tanya kat GK
 " Ibu, abah mati ke ibu? kapal teerbang abah jatuh ka ibu" versi pelat budak-budak la..

Terkejut GK dia kata macam tu...GK kata "dok ai...tu kapal terbang lain..tempat lain..abah selamat dok sabah lagi"...

Ingatkan dia paham pastu GK bawa dia mai opis sementara tunggu bapa saudara dia nak ambik dia nak bawa beli baju raya...

Bila kawan-kawan GK tanya dia..."AIDIL ABAH PI MANA?"
dengan selamba dia kata" abah tak dak, abah mati...kapal terbang abah jatuh"...

GK dengaq terus mengucap...
GK ulang lagi kata kat dia yang jatuh bukan kapal terbang abah...abah selamat la abang...nauzubillahminzalik...
Anakku masih kecik....belum mengerti apa yang dia tuturkan....

Ini bungkuskan kuih raya, perkasam, rojak mak bee, kerepek untuk suami diperbatasan...
Kuih raya ada dalam 8 balang...3 balang GK buah..lagi 5 balang GK order je la...

Ini popia nestum, popia horlick dengan popia milo yang GK buat...nak resepi tak?nanti terjah blog GK yang satu lagi HASILTANGANGADISKAMPUNG



Erm tak tau nak tulis apa...rindu kat suami...bulan 9 baru boleh jumpa...sabar duhai hati....

Wednesday, November 28, 2012

ICE CREAM MAKER YANG MURAH TAPI BERKUALITI

Salam semua,
GK dalam proses dok survey ice cream maker..ingat nak beli nak buat koleksi..sekarang ni GK gila makan ais krim..ingat nak buat sendiri...resepi dah banyak GK carai..dulu penah buat ice cream oreo..lahamdulilah menjadi..masa tue GK guna blender je..tapi sekrang ingat nak beli ice maker khas untuk ice crema je..tak nak campur-campur dengan menda lain...hehehe

Tadi dolam dok survey GK jumpa ice cream maker nie kat lelong.my..harga dia dalam RM55 je..nama dia "Electronic Soft Gelato Ice Cream Maker Machine Homeware"..ia bukan saja boleh buat ice cream malah buat yogurt pun boleh..

Friday, November 9, 2012

PENANGAN ORANG KETIGA

Selalu bila tercetusnya pergaduhan antara dua insan..orang ketiga ni lah yang main peranan untuk menyemarakkan lagi perassan benci diantara insan-insan yang bergaduh ini..
Zaman sekarang, manusia seperti ini kita gelarkan mereka CCTV..

Wednesday, October 31, 2012

APA YANG KORANG BUKA DULU?

Salam semua,
Sihat tak?amboi happy nampak arini..
GK nak tanya korang nie kaki internet tak?

GK bukan nak jual barang ok..just nak tanya korang kalau buka internet laman web mana yang korang akan buka dulu?

GK kalau buka internet first GK akan buka website BLOGGER la..dah jadi addicted dah..wajib hari-hari buka blog sendiri.tengok korang komen..then reply..pastu tengok blog korang..sapa yang suka komen blog tue yang GK terjah...kunjungan balas..

Pastu GK akan buka website MUDAH..GK suka layan barang-barang yang orang jual kat mudah..kadang kala GK akan compare harga kat mudah pastu terus cari kat kedai...GK jenis sua beli directly dari kedai..penah juga GK beli online..tapi tue la hubby kurang suka..

GK jenis suka baca paper online..nak beli kat kedai rasa macam membazir je..jadi wajib la hari-hari buka kosmo dan sinar harian..mana-mana berita yang best-best GK akan publish dalam blog GK..

Korang lak..suka buka website apa kongsi la sama-sama..kot-kot website tue best juga..
post signature

Tuesday, October 30, 2012

SKUTER SYM JET POWER 125 HADIAH DARI SUAMIKU

Entah apa yang mempengaruhi fikiran suamiku tahun nie, dia bersungguh-sungguh ingin hadiahkan ku sebuah skuter..10.10 yang lalu adalah tarikh anniversary kami yang ke-tiga..alhamdulilah dengan kehadiran si kecik yang comel lagi suka tersenyum dah buat aku rasa bahagia sangat hidup sebagai seorang wanita dan menjadi ibu kepada MUHHAMAD AIDIL ZHAFRAN..

Sebenarnya aku tak berapa beriya-iya nakkan skuter nie sebab aku dah ada Saga BLM aku sendiri.
Nak kemana-mana kereta tue la aku akan pandu..alhamdulilah kereta tue pun dah genap 3 tahun aku beli..masih elok dalam jagaanku..Tapi dah orang nak bagi aku terima je la..tima kasih sayang..

Sejak aku dapat skuter JET POWER 125 nie aku dah malas nak drive kereta ke tempat keje..memang best rupanya naik skuter nie..masa nak tolak tue rasa berat juga..tapi bila dah tunggang tak berat pun..best sangat...pecut 90km/j pun tak rasa laju pun...best la..

Pada mulanya suami aku nak belikan warna merah hitam sebab nampak smart dan cantik dipandang tapi bila hari nak booking tue motor color merah hitam dah habis kena tunggu 2 minggu juga..jadi kami decide ambik je la color biru hitam ok je cun juga..warna kuning hitam pun cantik juga tapi tue la menyerlah sangat..

Motor nie memang sesuai untuk remaja nampak stylo la bila korang tunggang..cc untuk motor nie 125 walaupun sebenarnya hanya 124.6cc je..tapi ok laju je bila tunggang tapi tak selaju sym VTS200 la..
Motor nie sebenarnya baru je dipasaran bulan Julai 2012..kira kalau atas jalan tak banyak lagi la orang guna..harganya pun dalam sekitar RM4600++..

Bahagian yang paling aku suka pasal motor ni ialah bahagian belakang dia..
Walaupun ada orang kata pelik tapi aku suka tengok sebab lain dari yang lain..

Apa-apa pun aku bangga naik motor skuter nie sebab seumur hidup aku nie kali pertama aku naik skuter dan ada skuter sendiri..huhuhu rasa bahagianya...dah la skuter free..cuma bubuh minyak je..servis ditanggung encik suami..
post signature

Tuesday, October 16, 2012

PELAJAR YANG TIDUR LEWAT MALAM SELALUNYA MENDAPAT RESULT YANG TERUK

Salam semua,
Sekarangkan musim peperiksaan..mesti korang tengah dok pulun study sakankan..jangan study hard sangat study smart je janji resut gempak ok...
GK terbaca satu artikle tadi dalam majalah SIHAT:
Kajian universiti Clifornia Los Angeles menyatakan pelajar yang sering tidur lewat malam biasanya mendapat skor yang lebih rendah berbanding pelajar yang tidur awal dan cukup rehat. Ini kerana pelajar itu akan menjadi letih dan mengantuk ketika didalam kelas.

Tuesday, October 9, 2012

MALAYSIA LUBUK EMAS

Salam semua,
Hari ni nampak mendung, rasa macam hujan lebat bakal melanda perlis petang nie..Tapi itu tak penting, hujan macam mana pun orang tetap akan keluar menjalankan tugas masing-masing..
Orang sekarang gila duit..penah tak korang dengar orang kata "asal barang jadi duit" kalau korang penah dengar atau dapat kawan macam tue, dia tue kategori GILA DUIT...Tapi GK suka juga orang yang gila duit nie..sekurang-kurangnya dia tak meminta-minta pada orang lain..tak de la nak mengharap bantuan rakyat 1Malaysia je..

Duduk kat Malaysia nie tak payah nak kelentong la kata "aku nie miskin tahap daif" menipu je semua tue..pendatang haram pun boleh hidup datang Malaysia nie..tambah kita rakyat Malaysia yang memang memegang status warganegara Malaysia boleh kata "kami nie susah..nak makan pun payah" erm payah GK nak percaya...


Kebanyakan yang susah nak dapat kerja, susah nak cari makan sesuap nasi tue mungkin mereka nie kategori pendatang haram..andai kata mereka nie memang asal dari sini..tak susah mana pun hidup di malaysia ni..Bagi GK, Malaysia nie lubuk emas..semua benda boleh jadi duit..korang tangkap tikus pun boleh dapat RM2 (kat ganu), ada sorang pakcik dreber yang pencen dari opis GK nie buat part time kutip tin-tin, botol dan paper pun sebulan boleh dapat RM500..jadi kat mana susahnya tinggal di Malaysia nie..

GK nak kongsi satu cerita..ini kisah benar..baru sangat berlaku..
3 Hari lepas, masa GK bawa baby aidil meronda-ronda sekeliling kampung dengan basikal elektrik tok wan aidil..GK nyaris-nyaris nak jatuh bendang(sawah padi) sebab dihimpit oleh peragut..si peragut nie dia dah meragut beg tangan akak dari kampung sebelah..dengan lajunya dia membawa motor masuk ke kampung GK sebab dia takut ada satu lagi motor kejar dia..bila aksi kejar mengejar tercetus..orang ramai yang dok melepak tepi sawah padi tue pun turut sama bangun mengejar peragut tue..akhirnya dapat juga tangkap peragut tue..dari sumber yang GK perolehi..si peragut tue ada ramai anak..anak yang paling kecik pun masih lagi dalam pantang..dia terpaksa meragut sebab nak bagi anak-anak makan..
Ya Allah sedih sangat GK dengar masa tue..time orang kampung ambush rumah dia, untuk nak tangkap si peragut dan bawa pi Balai polis..lagi menyedihkan anak-anak dia menangis-nangis di muka pintu..atas sifat belas kasihan yang tinggi JKK kampung lepaskan si peragut nie..

Si peragut nie bukan orang kampung GK..dia orang luar..(mungkin juga pendatang haram)..dia menumpang tinggal di situ dan membuat pondok  di atas tanah rizab kerajaan hak milik Angkatan Tentera Malaysia..yang paling mendukacitakan tanah-tanah disitu turut dihuni oleh pendatang tanpa izin..siapa sangka disebalik hutan rimba rupa-rupanya ada satu perkampung tersembunyi milik pendatang haram...mungkin satu hari nanti GK akan tangkap gambar dan siarkan di blog ini...

post signature

Wednesday, September 26, 2012

MENIKMATI HIDUP SOLO

Salam semua,
GK tertiba teringat kat kawan-kawan GK yang belum berkahwin nama dia berpangkal huruf A..
Dulu masa time study kat UiTM dihatiku ku dulu (slogan Uitm) pakwe dia memang ramai..
Boleh dikatakan bersilih ganti la..ala orang cun ...
Yang paling best dia dapat pakwe kaya-kaya..GK pun seronok la..time dia kuar dating dengan pakwe dia..mesti punyer la dia akan bawa balik makanan..kira bonus kat kami kawan-kawan...masa tue zaman mengedixxxx..tapi sekarang masing-masing bawa haluan masing-masing...

Tapi semalam secara tak sengaja dia tegur GK kat facebook..dia kata dia rindu sangat time study dulu..sekarang dia keje besa-besa je..pasal dulu selalu sangat skip kelas..pointer pun cukup-cukup makan.."nak buat macam ne..rezeki masing-masing" GK kata kat dia..

Yang paling membuatkan GK terkejut bila dia kata dia solo..dia tak kawin lagi..erm berat nanang nie..umur dah 28 tahun belum ada calon...GK tanya dia "Pakwe mu yang gantang-gantang dan bergaya dulu gini mana?" dia jawab "tak de jodoh, semua takat kawan-kawan je"...dia sedih bila tengok kawan-kawan dok upload gambar mereka kawin dan gambar anak-anak masing kat FB..dia just tengok je..nak komen malu..

GK pun mati akal nak taip apa lagi..kang silap tanya tersentuh hati pulak..Apa yang boleh GK kata kat dia JODOH, AJAL MAUT, REZEKI semua ditangan Allah...kita hanya merancang Dia yang menentukan...
Mungkin ramai lagi wanita diluar sana yang belum berumah tangga..sabar la..insyallah jodoh korang dengan orang yang baik-baik tue, pasal tue lambat sikit...


Ayat dia tulis buat GK nak tergelak pun ada juga..ayat dia lebih kurang macam nie..
Dulu nak pi mana-mana nak kena report dulu, pakwe nie lebih tahu hal aku lebih dari mak ayah aku..semua benda kena kabar kat dia dulu..tapi sekarang nak gi mana pun tak payah nak kabar-kabar dah..gi je...telefon bimbit nie kalau tertinggal pun tak de nye rasa bersalah..sebab tak de nak col sapa-sapa..kalau dulu tertinggal fon kat rumah...sanggup patah balik...hebat tue penangan orang bercinta..Hati pun rasa tenag sikit..tak yah nak gaduh-gaduh..nak curiga-mencurigai..
Tapi kadang-kadang tue sunyi gak..tengok orang dok kelik anak..teringin nak dukung anak juga..bila tengok orang pimpin tangan tok laki...teringin nak pimpin juga..hati pempuan mu tau la tak kebal mana..Kalau pempuan tetap pempuan juga...
Terdiam GK baca apa yang dia taip...semoga ada sinar jodoh untuk dia...GK bagi doa untuk cepat jodoh untuk dibaca kepada insan yang sedang mencari cinta sejati...mohon amalkan..


ุงู„َّู„ู‡ُู…َّ
 ุฅِู†ِّูŠ ุฃُุฑِูŠุฏُ ุฃَู† ุฃุชَุฒَูˆَّุฌَ ، ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ูَู‚َุฏِّุฑู„ِูŠ ู…ِู†َ ุงู„ุฑِّุฌَุงู„ِ/ุงู„ู†ِّุณَุงุกِ ุฃَุญุณَู†ُู‡ُู… ุฎَู„ู‚ًุง ูˆَุฎُู„ُู‚ٍุง ، ูˆَุฃَูˆุณَุนَู‡ُู… ุฑِุฒู‚ًุง ، ูˆَุฃَุนุธَู…َู‡ُู… ุจَุฑَูƒَุฉً ، ูˆَุงุฑุฒُู‚ู†ِูŠ ูˆَู„َุฏًุง ุทَูŠِّุจٍุง ุชَุฌุนَู„ُู‡ُ ูَุฎุฑًุง ูِูŠ ุญَูŠَุงุชِูŠ ูˆَูَูˆุฒًุง ุจَุนุฏَ ู…َูˆุชِูŠ

"Ya Allah aku ingin berkahwin,Ya Allah tetapkanlah untukku lelaki paling tampan/perempuan paling cantik rupa & akhlaknya,yang paling luas rezeqinya,yang paling banyak berkahnya,dan kurniakanlah aku anak yang baik yang ENGKAU jadikan dia sebagai kebangganku di masa 

Amal kan ke tiga-tiga Surah nih ye .. selepas Solat atau sebelum Tidur ..

1. SuRah Yusof ayat 4 - ( Doa Temu Jodoh )
2. Surah Yunus ayat 81 - ( Doa Jauh Sihir )
3. Surah Qasaa ayat 24 - ( Doa Berhajat )

post signature

Friday, September 21, 2012

10 KESALAHAN DALAM PERKAHWINAN ORANG KITA

Saam semua,
GK nak kongsi dengan korang 10 dosa orang kita (orang melayu mengaku islam) buat ketika membuat majlis perkahwinan...
Seronok kahwin nie malah dapat pahala sebab kita telah mendirikan masjid dan menghubungkan tali siratulrahim tapi dalam keseronokan tue kita terlupa sikit sebanyak kita telah melakukan dosa..antara dosa yang berlaku dalam majlis perkahwinan orang melayu ialah:

1)MEMBUKA AURAT:

Terdapat sebagahagian wanita yang asalnya bertudung, tetapi apabila tiba hari perkahwinannya, dia dengan relanya membuka tudung dan menededahkan bahagian-bahagian aurat tertentu. Termasuk perbuatan mendedahkan aurat adalah dengan memakai pakaian yang ketat sehingga menggambarkan bentuk tubuh badan, mengenakan pakaian dengan kain yang jarang, dan mengenakan kain yang tipis.
Allah s.w.t berfirman: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada (mahram mereka).” (Surah an-Nuur, 24: 31)


2) BERSOLEK DAN MEMAKAI WANGI-WANGIAN BERLEBIHAN BAGI WANITA:
Dari Abu Musa al-Asy’ary r.a, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Wanita yang memakai wangi-wangian, dan kemudian dia melintasi suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya, maka wanita tersebut adalah wanita penzina.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4172, at-Tirmidzi, no. 2786)

3) MENCUKUR KENING DAN MEMAKAI RAMBUT PALSU:
Sabda Rasulullah s.a.w: “Allah melaknat orang yang membuat tatu dan wanita yang minta ditatu, wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu), yang mencukur alis (bulu kening), dan yang minta dicukur, dan wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan sehingga mengubah ciptaan Allah.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 4886)

4) MEMANJANGKAN KUKU DAN MEWARNAKAN KUKU:
Berkenaan permasalahan trend mewarnakan kuku ini, Syaikh al-Albani rahimahullah berkata: “Ini adalah merupakan kebiasaan buruk yang dilakukan oleh wanita-wanita Eropah kepada wanita-wanita Islam, iaitu memanjangkan kuku dan mewarnakannya dengan warna merah atau selainnya dengan kuteks (pewarna/pengecat kuku). Kebiasaan ini juga turut dilakukan oleh sebahagian pemuda. Perbuatan ini selain mengubah ciptaan Allah, ia juga menjadikan pelakunya terlaknat dan perbuatan ini termasuk meniru-niru (tasyabbuh) perbuatan wanita-wanita kafir.“
Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (Hadith Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul Jami’, no. 6149, juga dijelaskan di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah)


5) MENCUKUR JANGGUT:

Sebahagian kaum lelaki muslim pada masa ini tidak lagi berminat memelihara janggut dan membenci memelihara janggut. Malah, ada pula di antara mereka yang mencukur janggutnya semata-mata untuk nampak bergaya di majlis perkahwinannya. Sedangkan, perbuatan memelihara janggut adalah sebuah sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, dan di dalam banyak hadith-hadithnya berkenaan janggut ia menunjukkan sebuah perintah yang perlu diikuti.

Daripada Ibnu ‘Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Selisihilah kaum majusi, rapikanlah misai, dan peliharalah janggut.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5893)
6) WAJIB ADA CINCIN KAHWIN:
Perbuatan bertukar cincin atau menetapkan adanya cincin perkahwinan, pertunangan, atau pun pernikahan, ianya sama sekali bukan berasal daripada ajaran Islam. Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah: 
“Tindakan ini (menyarung cincin) selain meniru tradisi orang-orang kafir sehingga menjadi sebuah larangan, ia juga mengandungi pelanggaran terhadap dalil-dalil hadith yang melarang lelaki mengenakan cincin emas.” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 191, Media Hidayah)
Asal perbuatan (adat) menyarung cincin perkahwinan ini adalah berasal dari adat kepercayaan kuno kaum Nasrani (kristian). Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani di dalam kitabnya, Adabuz Zifaf.

7) BERSANDING DAN PELAMIN:

Perbuatan mengadakan pelamin dan adat bersanding bukanlah sebuah amalan yang berasal dari ajaran Islam. Malah, ia mungkin ditiru dan berasal dari ajaran Hindu atau pun Kristian. Ini adalah kerana amalan tersebut sangat mirip dengan adat upacara perkahwinan mereka.

Menurut Syaikh Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Jibrin hafizahullah: “Perbuatan ini (bersanding) adalah tidak dibenarkan. Sebab ini adalah bukti atas tercabutnya rasa malu dan taqlid (mengikuti) kepada kaum yang suka kepada keburukan. Perkaranya adalah jelas. Pengantin wanita sepatutnya merasa malu menampakkan diri di hadapan manusia, lalu bagaimana dengan perbuatan tersebut yang sengaja dilakukan di hadapan orang-orang yang sengaja menyaksikannya?” (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/188. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)

Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah berkata: “Di antara perkara mungkar, bahawa rasa malu sebahagian manusia telah tercabut dari mereka. (Adalah) seorang suami datang di tengah kaum wanita dan naik pelamin bersama isterinya di hadapan kaum wanita, iaitu pada awal pertemuannya dengan isterinya untuk bersanding dengannya, bersalaman tangan dengannya, mungkin menciumnya, dan mungkin memberikan hadiah kepadanya berserta coklat dan selainnya yang dapat menggerakkan syahwat dan mengakibatkan fitnah.” (Min Munkaratil Afraah, m/s. 7, 10. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 231, Pustaka Ibnu Katsir)


8) MENABUR GULA-GULA, BUNGA DAN COKLAT:

Perbuatan ini tidak terdapat di dalam syariat atau pun majlis walimah sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Ada pun sebenarnya, perbuatan ini termasuk meniru-niru perbuatan kaum kafir yang diambil dari perbuatan kaum kristian yang menabur bunga di acara-acara perkahwinan mereka.


9) MERENJIS AIR MAWAR:

Adat ini juga bukan berasal dari Islam. Mungkin ia diambil dari amalan masyarakat Hindu. Selain merupakan perbuatan yang ditokok tambah (bid’ah) di dalam walimatul urus, malah ianya juga boleh menjurus kepada perbuatan syirik sekiranya dengan perbuatan merenjis tersebut disertakan dengan i’tiqad (keyakinan-keyakinan) tertentu seperti mempercayai pasangan pengantin yang direnjis akan mendapat kebahagiaan dan seumpamanya.


10) MEWAJIBKAN DUIT HANTARAN DAN BARANG HANTARAN:

Apa yang diwajibkan atau pun disunnahkan di dalam syariat hanyalah memberikan mahar (mas kahwin) oleh lelaki kepada wanita yang dinikahi, sama ada berdasarkan apa yang diminta oleh wanita tersebut atau pun tanpa diminta. Dan mas kahwin ini tidaklah semestinya di dalam bentuk wang ringgit atau barang-barang tertentu. Ianya sama ada tertakluk berdasarkan apa yang diminta oleh wanita, atau pun bebas dengan apa yang hendak diberikan oleh si lelaki jika si wanita tidak menetapkannya. Dan mahar adalah merupakan salah satu rukun dan syarat sahnya nikah.

Allah s.w.t berfirman:“Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan…” (Surah an-Nisaa’, 4: 4)
Tapi dalam adat perkahwinan orang melayu apa yang dipentingkan?
ok mahar ikut tetapan negeri tapi hantaran ikut nafsu...sekarang kalau tak de RM15 ribu ke atas jangan la gatai nak tanya anak dara orang...semua letak mahal-mahal..alasan barang mahal..bila anak-anak buat zina..kita nak marah diorang..erm..pikir-pikirlah...


post signature

Wednesday, September 19, 2012

TOP TEN SITES DALAM ALEXA MALAYSIA

GK nak tunjuk 10 top site terkini bulan september 2012.
Ranking ini GK tengok kat Alexa.


Ini memang website yang wajib di lawati oleh semua orang...tambah sekarang semua orang giler facebook...nampak kucing bergomoi pun nak upload dalam facebook..gaduh dengan pakwe pun citer kat facebook...dunia internet..dunia tanpa sempadan..


post signature

Friday, September 14, 2012

KITA MARAH ORANG BUAT BENDA NIE TAPI...

Kita marah orang tanya kita Islam ke kafir
Tapi kita tak pernah tunaikan solat 5 waktu.

Kita marah bila orang pandang-pandang 'barang baik' kita
Tapi kita sendiri tak menghalang pandangan mereka dengan menutup aurat.

Kita marah bila orang menghina Allah, Rasul dan agama kita
Tapi kita hanya mampu mencaci maki mereka tanpa bertindak apa-apa.

Kita marah bila ada orang lain ajak adik atau kakak kita tidur dengan mereka di bilik
Tapi kita lupa yang kita keluar masuk bilik usung adik dan kakak orang lain.

Kita marah bila orang kata kita bodoh
Tapi kita sendiri yang malas untuk menjadi pandai.

Kita marah bila orang lain buat salah
Tapi bila kita buat salah kita tak dapat terima.

Kita marah bila orang kutuk belakang kita
Tapi bila kita kutuk orang tak ingat dunia.

Kerana marah kita hilang pertimbangan,
kerana marah kita hilang akal,
kerana marah kita seperti dirasuk syaitan.

Kawal amarah mu kerana apabila seorang anak adam di kuasai dengan perasaan marah, itu yang membuat syaitan menyukai kita dan memudahkan lagi untuk dia menghasut kita. Banyakkan bersabar..

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP