NAK TAU INFO KLIK SINI

Monday, October 4, 2010

RESEPI CINTA

Semalam buka komputer tengok la folder-folder lama, belek pun belek...terjumpa folder nama "dieda"..nie folder masa hangatnyer bercinta dulu...belek punyer belek akhirnyer terjumpa la satu resepi cinta yang saya karang dulu....resepi nie saya bagi untuk pakwe saya masa tahun 2005...sekarang pakwe saya dah jadi suami saya...pada sesiapa yang sedang hangat bercinta tak tau nak bagi apa...tak tau nak tulis apa untuk yang tersayang korang boleh la ambik ayat-ayat nie...asalnyer resepi nie dari goggle juga tapi dah diolah sedikit....

Yang nie gambar asal saya bagi untuk "pakwe" saya tue...masa tue saya buatkan buku resepi memandangkan dia suka masak...saya kumpul lebih dari 1000 resepi semuanyer saya kutip dalam internet..pastu saya ambik dan saya jadikan buku....di akhir halaman buku tue saya selitkan resepi cinta nie la...
Korang nampak tak apa yang ditulis? kalau tak nampak tak pe jangan susah hati...semalam saya dah edit buat yang bagi clear..supaya senang korang baca.....


Inilah nukilanku "Resepi Cinta" khas untuk pasangan yang hangat bercinta....sekarang saya dalam mood in love memandangkan ulang tahun perkahwinan saya sudah hampir tiba..mungkin seminggu dua minggu nie posting yangs aya buat pun mengenai cinta saja la....(hehehehehe tulis ikut mood)....

Resepi cinta
BAHAN-BAHANNYA
  • 1 tin cerita
  • 2 keping hati yang masih muda
  • 1 mangkuk besar pengertian
  • 2 tin keimanan kepada Tuhan
  • 2 biji tomato pengharapan
  • 1 mangkuk keyakinan
  • 1/2 sudu cemburu
  • 1 mangkuk perjodohan
  • cubitan mesra, serta gurauan sepatutnya (secukup rasa)
CARA - CARANYA:
  • Mula - mula bukakan tin cerita dan keluarkan isinya.
  • Potong kedua-dua keping hati dan letakkan ke dalam mengkuk pengertian untuk mencegah daripada pertukaran perasaan.
  • Tuangkan kepercayaan dan pengertian.
  • Kemudian letakkan ke dalam mangkuk perjodohan, dihiaskan dengan potongan cemburu dan cubitan sesuka hati masing- masing.
  • Campurkan tomato pengharapan dan disusun untuk hiasan.
  • Letakkan ia ke dalam mahligai yang indah supaya ianya tercegah dari penggodaan.
  • Canpuran ini lebih Manis rasanya jika masa itu dilalui dengan sefahaman kedua-dua belah pihak keluarga.

        Jumlah perbelanjaan: Mengikut kemampuan kedua-dua keping hati.
        Masanya: Darah Muda
  • Resepi ini boleh dicuba bila bila masa sahaja asalkan cukup bahan-bahannya.

2 comments :

  1. alahaii..romantiknya la. anyway, happy becoming anniversary k.. wish u both, moga jodoh berkekalan sepanjang hayat..amin.. ;D

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP