NAK TAU INFO KLIK SINI

Saturday, August 25, 2012

DUIT RAYA: WAJIB KE SUNAT?

Salam semua,
Tahniah untuk semua umat islam sebab dah menang...
menang apa???
Menang sebab berjaya tak merokok di siang hari (untuk si kaki perokok)
Menang sebab berjaya kawal hawa nafsu untuk tak minum dan makan di siang hari

Ok la kita terus ke tajuk kita..
Raya tahun nie memang best sangat bagi GK..nie first time beraya ada anak..
Boleh dikata semua rumah sanak saudara GK dan suami menjelajah nak kenalkan baby kami kat saudara mara..al maklum la setahun kawin baru dapat anak tue yang teruja sikit tue...
Semalam mak mentua tanya GK, "banyak tak duit raya Aidil dapat?"...
GK segan nak bagi tau...GK kata "tak kira lagi"...

Tapi sebenarnya GK memang dah kira pun..giler kau kalau tak kira duit raya..dok tengok duit menimbun hati nie membuak-buak je nak kira (ala-ala pegawai bank gitu)...
sekadar hiasan
Alhamdulilah first time aidil sambut raya tahun nie duit raya dia mencecah RM360...kira ok la..budak-budak mana boleh pegang duit banyak-banyak...minggu depan baru cadang nak bank in dalam tabung haji...

GK sebenarnya tak kisah sangat nak hulur duit raya nie..kita bersedekah setakat yang termampu..kalau orang bagi kita terima tapi kalau orang tak bagi jangan kutuk lak..pengalaman GK yang paling sedih dan memalukan masa beraya umah kawan baik GK kat perlis..

GK dah nampak ada anak saudara dia dalam umah tue..GK pun panggil la nak bagi duit raya...depan-depan orang ramai dia boleh buka sampul tue dan kata..
"ala duit hijau je ingat duit merah"...

Masa tue muka GK yang jadi merah...(malu tak yah cakap la..rasa nak je lompat kat budak tue)

Berbalik pada tajuk entry nie..sebenarnya bagi duit raya tue tak wajib ye adik-adik..tapi kalau orang bagi tue ambik je jangan mengomel lak...



3 comments :

  1. nak bagi duit raya biar dengan niat bersedekah.. happy bila tengok budak2 riang dapat duit raya.. hehe :)

    ReplyDelete
  2. budak2 sekarang GK mmg camtu suka sgt mengomel..sabar je la huhu. sib baik kiter nk bg hehe

    ReplyDelete
  3. tue la GK pun pikir budak2 zaman sekarang kumpul duit raya beli PSP dan handphone je...

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP