Tahniah GK nak ucap pada Anne Ngasri sebab GK baca kosmo dia kata dah mual-mual..
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Anne pada sidang akhbar program tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bagaimanakah kehidupan Anne setelah bergelar isteri kepada ahli politik kelahiran Pontian, Johor?
"Alhamdulillah, saya bahagia. Akhirnya saya telah jumpa seseorang yang saya cari-cari selama ini."
Anne sudah tahu apakah selera makanan suami?
"Kami berdua keturunan Jawa, jadi selera pun sama. Bab memasak makanan kegemarannya tidak menjadi sebarang masalah kerana ia adalah menu makanan yang sama saya masak."
Bolehkah bertanya, setelah hampir sebulan berkahwin, sudah adakah tanda-tanda bakal mendapat cahaya mata baharu?
"Saya ada rasa mual-mual, tapi takut pula nak pergi buat pemeriksaan. Saya rasa macam ada."
Kenapa pula takut? Adakah Anne tidak bersedia?
"Saya sentiasa menerima rezeki dari Allah. Saya pasti bayi itu nanti akan menambah seri dan membahagiakan lagi hidup saya."
Setelah sekian lama bergelar anak seni, adakah suami Anne membenarkan untuk terus bergiat dalam dunia hiburan ini?
"Ya, dia seorang yang sangat memahami akan kerjaya saya, malah pada hari ini dia turut datang bersama bagi memberi sokongan kepada isterinya ini."
Adakah Anne juga akan memberi sokongan dengan kerjaya dunia politik suami?
"Sudah tentu saya akan menyokong cara suami saya mendapatkan rezeki kami sekeluarga dan sentiasa memberi dorongan kepadanya."
Melihat kepada kerjaya suami dalam politik, adakah Anne mahu mengikut jejak langkahnya?
"Tidak. Walaupun banyak persamaan dan persefahaman antara kami, namun bila ia melibatkan bidang kerjaya, ia sama sekali berlainan . Saya tidak minat bidang politik, lagipun saya lebih cintakan dunia seni saya."
Adakah Anne selalu menemani suami pergi ke jamuan-jamuan korporat atau yang melibatkan dunia politiknya?
"Kalau saya ada masa, saya akan temankan dia. Namun, memandangkan anak sulung saya akan memulakan alam persekolahannya tidak lama lagi, saya rasa tidak dapatlah temankan dia selalu".
wahhh rezeki awal...bestnyer..
ReplyDelete