NAK TAU INFO KLIK SINI

Tuesday, March 5, 2013

PERJUMPAAN SILATURRAHIM ANTARA MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA DENGAN WAKIL SULTAN BANTILAN II (SULATNIYAH SULU DARUL ISLAM -SSDI)

Salam semua,
Sebagai isteri kepada perwira negara GK terpanggil untuk menceritakan mengenai isu semasa iaitu ISU DI LAHAD DATU".

Sana sini orang memperkatakan mengenai isu ini..tapi bagi kami isteri-isteri perjuang yang berhadapan dengan penceroboh di sana hanya mampu berdoa agar perwira negara selamat pulang ke pemangkuan keluarga dengan selamat..harap anak yang dalam  kandungan ini dapat melihat muka abahnya..amin..

Ini adalah salah satu artikle yang GK dapat dari blog kesulatanan sulu sendiri..banyak info mengenai kesultanan Sulu boleh korang perolehi disini...

Ini Info yang terbaru bertarikh 5 March 2013 "PERJUMPAAN SILATURRAHIM ANTARA MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA DATO' SERI DR RADEN AHMAD ZAHID HAMIDI DENGAN WAKIL SULTAN BANTILAN II (SULATNIYAH SULU DARUL ISLAM -SSDI) 
Bertempat di HOTEL PAN PASIFIC (PWTC) semalam, telah berlangsung perjanjian damai antar menteri pertahanan negara Malaysia dengan wakil Sultan Bantilan..
Tengku Muhammad Shahir bin As-Syafi'e (berkopiah putih), MUFTI BESAR SSDI Datu Paduka Maulana Shar'i Habib Rizieq Bin Hussein Shihab Al-Husseini (serban putih) yang bergegas ke Kuala Lumpur menemui Menteri Pertahanan Malaysia bersama Menteri Luar SSDI Datu Habib Zakaria Abdullah (bersongkok hitam) dan penulis (bertopi bereta hitam) sebagai wakil Tausug Global Media (TGM) merangkap Menteri Belia dan Sukan SSDI. Pertemuan bersejarah ini adalah usaha muslimin Malaysia dan Sulu untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian kepada kes yang berlaku di Lahad Datu demi Islam dan persaudaraan seagama.

sedutan dari blog kesulatanan sulu

Kelihatan menteri kita DATO' SERI DR RADEN AHMAD ZAHID HAMIDI kusyuk mendengar apa yang diperhujahkan oleh wakil kesulatanan Sulu.

PENJELASAN GAMBAR:
Alhamdulillah walau pun perjumpaan di atas begitu cepat dan ringkas namun Datu Habib Zakaria Abdullah sebagai Menteri Luar SSDI dan Datu Habib Rizieq Shihab sebagai Mufti besar SSDI yang tinggal di Jakarta itu sempat menjelaskan pendirian Sultan Bantilan II, para Datu dan Syarif serta rakyat SSDI, bahawa pencerobohan bersenjata ke atas wilayah kedaulatan Malaysia sebagaimana yang berlaku di Lahad Datu itu bukan sahaja sangat tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia malah rakyat Sulu secara majoriti tidak dapat menerimanya.
Tindakan secara bersenjata yang hanya dilakukan oleh beberapa orang dari Sulu yang mengaku sebagai Tausug itu adalah tindakan bersendirian dan terdesak tanpa membabitkan majoriti Tausug di kepulauan Sulu mahupun yang ada di Sabah dan Malaysia amnya.
Bagi SSDI, apa sahaja permasalahan yang berlaku antara Malaysia dan Sulu ia sewajarnya diselesaikan di atas meja rundingan secara muhibbah dan penuh persaudaraan. Oleh itu, SSDI yang dipimpin oleh Sultan Bantilan II (PBMM Sultan Muhammad Bantilan Muizzuddin II bin Datu Wasik Aranan Puyo) sejak gerakannya yang bermula tahun 2006 di Jolo Sulu itu telah menjadikan slogan ANTI-PERANG dan ANTI-KEGANASAN sebagai dasar perjuangannya TANPA SENJATA.

sedutan dari : blog Kesultanan Sulu.

Nota kaki:
Kami rakyat Malaysia mengharapkan keamanan untuk negara kita Malaysia..janganlah kita bergaduh kerana kita sesama islam abik Sulu atau Malaysia kita adalah kerajaan Islam..usahlah kita membunuh sesama saudara..




 


post signature

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP