Salam sejahtera untuk semua pewira-pewira negara yang menentang penceroboh di lahad datu sabah..semoga tiada lagi pertumpahan darah akan berlaku selepas in...cukup-cukuplah isteri-isteri dan kaum kerabat pewira menangisi pemergian pewira mereka..
Ada yang bertanya kenapa Malaysia tak hantar je askar pastu tembak je penceroboh itu...mungkin ada yang menganggap ia semudah 1,2,3 atau A,B,C...Nak tahu sebabnya baca artikle dari Kesultanan Sulu sendiri..
Malaysia lebih berkeyakinan tidak menyerang penceroboh Lahad Datu itu disebabkan dua perkara.
- PERTAMA: Mereka bukan rakyat Filipina walau pun pemimpin mereka jelas Filipino. Dibimbangi mereka itu adalah benar bukan Filipino dan benar adalah rakyat KESULTANAN SULU. Malaysia agak ragu kerana ketidak pastiannya mengagak apakah tindakannya betul sekiranya menembak mati penceroboh itu yang mana mereka mengaatasnamakan Kesultanan Sulu? Apakah implikasi antarabangsa terhadap tindakan menembak itu? Mungkinkah Malaysia dituduh menembak rakyat Sultan Sulu yang mana nama Kesultanan Sulu itu terkait dengan kedaulatan SABAH? Maka Malaysia memilih berunding secara damai tanpa syarat meminta penceroboh keluar secara baik. Namun sampai bila? Sekiranya penceroboh terus bertahan?
- KEDUA: Malaysia tak akan menembak disebabkan tanggungjawabnya sebagai pemerintah beragama Islam yang melarang membunuh sesama Islam. Walau pun alasan ini agak rapuh disebabkan pihak penceroboh itu jelas berniat melawan sanggup berbalas tembakan sekiranya permintaan mereka tidak dituruti, namu Malaysia harus memilih tidak menembak walaupun ugutan dah diberikan sejak awal kepada penceroboh.
Saya secara pribadi menyokong Malaysia untuk tidak menembak lebih dahulu. Pihak kami masih menyiasat siapakah dalang sebenar mereka ini selain Sultan Jamalul Kiram III. Dari pandangan lojik mereka ini memang Filipino yang mana kalau berjaya ditangkap oleh Malaysia maka sangat sesuai disumbat ke dalam Kurungan Rumah Merah. Bagi mereka peluang merasa penghinaan dalam rumah merah supaya mereka lebih faham erti PTI yang masuk secara haram. Saya mengira ramai dari kalangan penceroboh ini pernah mengalami pengalaman ngeri disumbat dalam kurungan Rumah Merah di Sabah. sedutan dari blog Kesulatanan Sulu.
No comments :
Post a Comment
Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。