Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita
kenal hari ini yang kemudian nama ini berakhir pada kewafatan Sultan Jamalul
Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika
Syarikat ke Sulu. Selepas ini tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat
Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu. Hal ini dilihat oleh rakyat
bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang
tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak
dan Bud Dahu.
Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada
Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4000 orang
(yang syahid 1600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang
USA dan arahan Sultan. Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA
yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip
cukai kepala oleh USA. Menurut Tausug, Allah swt tidak pernah berfirman kepada
RasulNYA untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai
naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI. Hal ini bagi
mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan
kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu.
Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.
Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM
yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada
keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari
jalur keluarga Sultn. Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada
tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit, ada Kiram dari Datu Punjungan bin
Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera
upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang
untuk menjadi Sultan kesemuanya.
NICE INFO...
ReplyDeleteNory mmg tercari2 info pasal Sulu ni...
TQ
Klu btl ada yg layak jd sultan sulu(sultan idjirani kiram yg skrng pun blm tentu btl/brhak), satu padukn org sulu di selatan filipina, majukn ekonomi, xlh rmai yg trpaksa lari ke sabah. Yg mrempat di sabah tu ramai yg tau, pulang ke selatan filipina pun bkn ada tmpat cari mkn. Konflik brdarah pun slalu. Sumpah minum air asahan parang katakan.ramai org suluk sy knal slalu kata, org suluk berani mati. Betul. Tpi utk apa? Kerajaan Filipina, pnduduk kpulauan sulu pun bkn ikhtiraf, jauh skali tuntut sabah.
ReplyDelete