NAK TAU INFO KLIK SINI

Tuesday, October 26, 2010

Perkara Yang Kurang Digemari Apabila Blogwalking

Tadi saya pi blog tok esah saya jumpa artikel nie..dia ambik kat blog mak budak..saya suka la dengan dia punyer entry...saya dah mintak izin nak copy dah sebarkan apa yang dia tulis untuk tatapan semua..korang baca la ye...


1) Blog yang pasang lagu (tapi menyusahkan)
Audio atau bunyi-bunyian. datang dari mp3 ke, radio ke, atau video youtube yang di set secara autoplay. aku terpaksa menunggu lama masa untuk loading. Ia juga sebenarnya memakan bandwith yang besar juga jika korang hostingkan file bunyi-bunyian tu pada file host sebab setiap kali berlakunya view page blog, selama itulah berlakunya proses download dari hosting korang.


2) Blog yang terlalu banyak emoticons dalam entry
aku rasa emoticons ni patut diguna secara tersusun dan kemas baru la entry jadi menarik. kalau boleh elakkan pakai yang terlalu banyak colour dan sesuai dengan color background.. lebih elok, pakai warna putih sebagai background diruangan entry.. kalau kemas cantik, kalau banyak sangat dan tak tersusun dah jadi semak mata dan pening nak baca entry..


3) Blog yang ayat pengenalan macam nak gaduh!
patutnya kita mengalukan tetamu dan lebih suka bila blog kita ramai visitors.. tapi entahlah .. masuk-masuk je blog tu dah kene herdik macam tu .. kalau kita masuk rumah orang bagi salam.. tiba-tiba tuan rumah cakap macam tu dengan kita.. kita akan rasa ape?? .. rasa nak balik cepat je kan???... rasa macam tuan blog tu tak suka pulak kita datang blog dia ...


4) Blog minta words verification atau captcha
minta visitor atau reader tulis word verification bila nak bagi komen. Kadang kala, word verification yang di beri tu adalah satu benda yang sukar dibaca, dan leceh untuk ditaip... aku selalu salah taip huruf yang diminta dan terpaksa ulang beberapa kali sehingga betul. Proses ini menyebabkan aku menghabiskan banyak masa hanya untuk memberi komen. Mungkin aku malas lagi nak komen di blog tu.

Jangan menyusahkan pembaca korang.. buang word verification tu di Settings > Comments, pada bahagian Show word verification for comments, tandakan pada No.
Takut dengan Anonymous. Benda tu biasa, dan boleh di delete. Tak pun, simpan dulu komen, dah baca, baru approve kan. Yang mudah, janganlah di susah-susahkan...


5) Blog yang mengeluarkan Iklan Pop-up
bila aku klik pada link untuk komen, tiba-tiba iklan pop-up muncul... lemah betul pasal ni, aku rasa ramai pengguna Internet tak sukakan pop-up, apatah lagi pop-up yang mengandungi iklan. Jika korang ingin masukkan iklan pada blog, jangan jadikan ia sebagai pop-up yang tak dijangka oleh pengunjung.

6) Blog yang disable right-click
Aku paling kurang blog yang macam ni sebab aku rasa benda ni lebih banyak menyusahkan user daripada mendatangkan kebaikan. Mungkin tujuan owner blog tu disable right-click ialah untuk protect content dalam blog dia, tapi pada pandangan aku pulak, kalau setakat blog yang lebih kepada diari atau cerita tentang lifestyle tuan punya blog tu, tak perlu la nak disable right click.. apa yang nak dikemut sangat ..


mak budak kata kalau kita tak buat apa yang dia bagitau nie kita akan...
"Jika kita memperbaiki perkara-perkara ini, aku rasa akan meningkatkan traffic blog dan juga para pengunjung  senang dan selesa dengan blog yang mesra pengguna dan tidak mustahil menjadi follower setia pada blog  kita... ciri-ciri di atas adalah luahan secara peribadi aku sahaja "..

11 comments :

  1. setuju...
    especially pasai bunyi & word verification tu...
    aku pun ada buat entry pasai word verification tu mmg hampes..
    kuman "18SX??.." Entry

    ReplyDelete
  2. dah baca pasal ni haritu.. and dah buang word verification tu.. sebab baru tahu.. kalau tak still ada sampai skang
    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  3. da 2 kali bace di 2 blog berlainan...mmg menyusahkan...

    ReplyDelete
  4. huarghhh! mmg menyampah, bab lagu, bab word verification!

    ReplyDelete
  5. hi dear .. tq share info nih n tq coz bg backlink .. hihi

    ReplyDelete
  6. oohh..begitu ye..baru bacalah..he he he

    ReplyDelete
  7. takpe ummiarissa...ilmu yg sikit kalau dikongsi bw berkat betul tak?

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP