Friday, May 10, 2013

GAMBAR PRA-PERKAHWINAN BEEGO DAN LINDA HASHIM

Dah nak kawin anak dara pak hashim ni ye..
pelakon drama Beego dan linda hashim akan menamatkan zaman bujang mereka pada 6 jun 2013 ini.
Jom kita tengok sebahagian gambar pra-perkahwinan diorang yang berlatar belakangkan flora dan fauna..memang cute la linda dalam gambar pre wedding nie. ala-ala omputih zaman 50-an gitu...
GK just upload 4 kalau korang nak lagi boleh layari izyan.com ye...




NOTA KAKI;
Semoga perkahwinan kali ke-2 untuk beego ini berkekalan sehingga akhir hayat...jaga linda elok2 tau...
post signature

Wednesday, April 10, 2013

APASAL AKU KENA MENGUNDI TEMPAT ORANG NIE?

GK nak marah sungguh la..awat jadi lagu nie..
GK daftar mengundui kat SPR Perlis..
GK langsung tak penah tinggal kat teluk kemang negeri sembilan..
GK memang anak jati PERLIS..
Lahir di PERLIS, keje di Perlis, makan tidur di perlis... Belajar dari sekolah tadika sampai masuk Universiti pun di Perlis...
Alih-alih nama GK terpahat di Teluk Kemang...
Macam mana nama GK boleh terpalit mengundi di dun BAGAN PINANG????...
Masalahnya kat mana dun bagan pinang pun GK tak tau...
Menyusahkan aku betul la puak-puak nie..
GK dah la ada calon feberet nie..
Dok target nak pangkah dia dah kali nie..
tapi jadi lagu nie pulak..
dah la baru kali pertama nak mengundi..
Apa kejadah GK nak nak buang duit pi negeri sembilan nak pangkah undi..
Dah la cuti goverment bekukan...
cari pasal semua nie..


NOTA KAKI:
Baik korang check lak tempat mengundi korang..takut jadi macam GK..http://daftarj.spr.gov.my/
post signature

Friday, March 22, 2013

TONTON FILEM ROCK oooooo SECARA ONLINE

GK dah tengok filem Rock oooo nie..memang best..tak larat nak gelak..lawak slumber dan memang rasa kita tengok filem awal 90-an..memang filem yang patut mendapat pujian...
Harap filem nie boleh menang banyak award kerana ianya unik, kelakar dan best...tahniah abang mamat khalid yang faham selera masyakat melayu...

Sinopsis:

Sebagai bekas vokalis yang telah dibuang dari kumpulan,di sinilah Amy memainkan peranannya. Jika sebelum ini dia telah disingkirkan, namun dia kembali semula walaupun dengan menagih simpati selepas Zul Kapan telah berpaling tadah dan kembali kepada kumpulan lamanya, Malaikat Maut. Berbekalkan kesungguhan dan semangat seorang rockers, Amy cuba memujuk bekas ahli kumpulannya. Dia hampir berjaya memujuk mereka kembali, namun, kehadiran Zul Kapan semula untuk menjadi vokalis Rimba Bara telah meragut usahanya.

Nak tau best ke tak tengok sini:


roo22 by f100001513427556

post signature

Monday, March 11, 2013

UZTAZ AZHAR IDRUS BERLAKUN FILEM

Berita gembira kepada semua peminat UAI termasuk GK..ustaz azhar idrus yang dikenali dengan ceramah yang penuh gelak tawa tapi berinformasi tue akan berlakon dalam filem ‘Mung Tunggu Aku Datang’ arahan Piere Andre..


Kisahnya, Pierre telah membuat pengumuman nama Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai salah seorang pelakon dalam filem MIG Production iaitu ‘Mung Tunggu Aku Datang’.
Namun, UAI mendedahkan dia tidak memberi kata putus lagi sama ada ingin berlakon atau tidak di dalam filem berkenaan.
Menjelaskan situasi tersebut, Pierre atau nama sebenarnya, Mohd Pierre Andre Nazrul Andre berkata, dia dan pihak MIG Production (MIG) sememangnya sudah melamar UAI untuk menjayakan watak ustaz dalam filem berkenaan.
Bagaimanapun, sehingga kini, belum ada sebarang kata putus dari UAI, biarpun dia kelihatan berminat untuk turut serta dalam filem tersebut.
“Saya bukannya mencipta kontroversi murahan, menjual nama Ustaz Azhar Idrus. Sebaliknya saya memang sudah menyampaikan hasrat kepada beliau dan dalam perbincangan tersebut, beliau nampak senang dengan jalan cerita tersebut.
“Justeru, saya berharap ALLAH SWT permudahkan urusan saya kerana filem ini adalah filem dakwah dan ustaz juga dapat turut serta dalam filem ini,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian, hari ini.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai hala tuju kariernya selepas ini, Pierre berkata, dakwah akan menjadi keutamaannya selepas ini. Namun dalam pada masa sama, dia akan aktif dalam bidang seni.
“Bukan tidak sayang karier, tapi dakwah itu lagi penting.
“Bagaimanapun, saya akan membahagikan masa sebaik mungkin tanpa mengabaikan karier saya,” jelasnya.

post signature

ASKAR DAN POLIS NAIK GAJI LAGI


PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju supaya pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji berkuatkuasa 1 Jan 2013.
Beliau berkata ia mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.
“Sebagai contoh, Koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 17 disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 22 Perkhidmatan Awam. Sarjan yang dulu dalam kelompok gred jawatan 27 disetarakan dengan gred jawatan 29 Perkhidmatan Awam Am,” katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 di sini.
Sementara itu, bagi jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41 disetarakan dengan gred jawatan 44.
Untuk jawatan Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41, diletakkan dengan gred jawatan baru iaitu 46A sementara Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dalam kelompok gred jawatan 48 disetarakan dengan gred 52.
“Sesungguhnya kesetaraan ini dibuat bagi memastikan kedudukan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ATM, PDRM dan Perkhidmatan Awam Am sentiasa terpelihara di samping mengekalkan keharmonian antara perkhidmatan,” katanya. – BERNAMA


post signature

IKLAN BERBAYAR

There was an error in this gadget

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails