GK nak kongsi dengan korang 10 dosa orang kita (orang melayu mengaku islam) buat ketika membuat majlis perkahwinan...
Seronok kahwin nie malah dapat pahala sebab kita telah mendirikan masjid dan menghubungkan tali siratulrahim tapi dalam keseronokan tue kita terlupa sikit sebanyak kita telah melakukan dosa..antara dosa yang berlaku dalam majlis perkahwinan orang melayu ialah:
1)MEMBUKA AURAT:
Terdapat
sebagahagian wanita yang asalnya bertudung, tetapi apabila tiba hari
perkahwinannya, dia dengan relanya membuka tudung dan menededahkan
bahagian-bahagian aurat tertentu. Termasuk perbuatan mendedahkan aurat adalah
dengan memakai pakaian yang ketat sehingga menggambarkan bentuk tubuh badan,
mengenakan pakaian dengan kain yang jarang, dan mengenakan kain yang tipis.
Allah s.w.t berfirman: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada (mahram mereka).” (Surah an-Nuur, 24: 31)
2) BERSOLEK DAN MEMAKAI WANGI-WANGIAN BERLEBIHAN BAGI WANITA:
Dari Abu Musa al-Asy’ary r.a, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Wanita yang memakai wangi-wangian, dan kemudian dia melintasi suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya, maka wanita tersebut adalah wanita penzina.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4172, at-Tirmidzi, no. 2786)
3) MENCUKUR KENING DAN MEMAKAI RAMBUT PALSU:
Sabda Rasulullah s.a.w: “Allah melaknat orang yang membuat tatu dan wanita yang minta ditatu, wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu), yang mencukur alis (bulu kening), dan yang minta dicukur, dan wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan sehingga mengubah ciptaan Allah.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 4886)
4) MEMANJANGKAN KUKU DAN MEWARNAKAN KUKU:
Berkenaan
permasalahan trend mewarnakan kuku ini, Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:
“Ini adalah merupakan kebiasaan buruk yang dilakukan oleh wanita-wanita Eropah
kepada wanita-wanita Islam, iaitu memanjangkan kuku dan mewarnakannya dengan
warna merah atau selainnya dengan kuteks (pewarna/pengecat kuku). Kebiasaan ini
juga turut dilakukan oleh sebahagian pemuda. Perbuatan ini selain mengubah
ciptaan Allah, ia juga menjadikan pelakunya terlaknat dan perbuatan ini
termasuk meniru-niru (tasyabbuh) perbuatan wanita-wanita kafir.“
Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (Hadith Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul Jami’, no. 6149, juga dijelaskan di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah)
5) MENCUKUR JANGGUT:
Sebahagian
kaum lelaki muslim pada masa ini tidak lagi berminat memelihara janggut dan
membenci memelihara janggut. Malah, ada pula di antara mereka yang mencukur
janggutnya semata-mata untuk nampak bergaya di majlis perkahwinannya.
Sedangkan, perbuatan memelihara janggut adalah sebuah sunnah yang ditunjukkan
oleh Rasulullah s.a.w, dan di dalam banyak hadith-hadithnya berkenaan janggut
ia menunjukkan sebuah perintah yang perlu diikuti.
Daripada Ibnu ‘Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Selisihilah kaum majusi, rapikanlah misai, dan peliharalah janggut.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5893)6) WAJIB ADA CINCIN KAHWIN:
Perbuatan
bertukar cincin atau menetapkan adanya cincin perkahwinan, pertunangan, atau
pun pernikahan, ianya sama sekali bukan berasal daripada ajaran Islam. Ini
adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah:
“Tindakan ini (menyarung cincin) selain meniru tradisi orang-orang kafir sehingga menjadi sebuah larangan, ia juga mengandungi pelanggaran terhadap dalil-dalil hadith yang melarang lelaki mengenakan cincin emas.” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 191, Media Hidayah)Asal perbuatan (adat) menyarung cincin perkahwinan ini adalah berasal dari adat kepercayaan kuno kaum Nasrani (kristian). Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani di dalam kitabnya, Adabuz Zifaf.
7) BERSANDING DAN PELAMIN:
Perbuatan mengadakan
pelamin dan adat bersanding bukanlah sebuah amalan yang berasal dari ajaran
Islam. Malah, ia mungkin ditiru dan berasal dari ajaran Hindu atau pun
Kristian. Ini adalah kerana amalan tersebut sangat mirip dengan adat upacara
perkahwinan mereka.
Menurut Syaikh
Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Jibrin hafizahullah: “Perbuatan ini (bersanding)
adalah tidak dibenarkan. Sebab ini adalah bukti atas tercabutnya rasa malu dan
taqlid (mengikuti) kepada kaum yang suka kepada keburukan. Perkaranya adalah
jelas. Pengantin wanita sepatutnya merasa malu menampakkan diri di hadapan
manusia, lalu bagaimana dengan perbuatan tersebut yang sengaja dilakukan di
hadapan orang-orang yang sengaja menyaksikannya?” (Muhammad al-Musnid, Fatawa
Islamiyah, 3/188. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230,
Pustaka Ibnu Katsir)
Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah berkata: “Di antara perkara mungkar, bahawa rasa malu sebahagian manusia telah tercabut dari mereka. (Adalah) seorang suami datang di tengah kaum wanita dan naik pelamin bersama isterinya di hadapan kaum wanita, iaitu pada awal pertemuannya dengan isterinya untuk bersanding dengannya, bersalaman tangan dengannya, mungkin menciumnya, dan mungkin memberikan hadiah kepadanya berserta coklat dan selainnya yang dapat menggerakkan syahwat dan mengakibatkan fitnah.” (Min Munkaratil Afraah, m/s. 7, 10. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 231, Pustaka Ibnu Katsir)
8) MENABUR GULA-GULA, BUNGA DAN COKLAT:
Perbuatan ini
tidak terdapat di dalam syariat atau pun majlis walimah sebagaimana yang
disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Ada pun sebenarnya, perbuatan ini termasuk
meniru-niru perbuatan kaum kafir yang diambil dari perbuatan kaum kristian yang
menabur bunga di acara-acara perkahwinan mereka.
9) MERENJIS AIR MAWAR:
Adat ini juga
bukan berasal dari Islam. Mungkin ia diambil dari amalan masyarakat Hindu.
Selain merupakan perbuatan yang ditokok tambah (bid’ah) di dalam walimatul
urus, malah ianya juga boleh menjurus kepada perbuatan syirik sekiranya dengan
perbuatan merenjis tersebut disertakan dengan i’tiqad (keyakinan-keyakinan) tertentu
seperti mempercayai pasangan pengantin yang direnjis akan mendapat kebahagiaan
dan seumpamanya.
10) MEWAJIBKAN DUIT HANTARAN DAN BARANG HANTARAN:
Apa yang
diwajibkan atau pun disunnahkan di dalam syariat hanyalah memberikan mahar (mas
kahwin) oleh lelaki kepada wanita yang dinikahi, sama ada berdasarkan apa yang
diminta oleh wanita tersebut atau pun tanpa diminta. Dan mas kahwin ini
tidaklah semestinya di dalam bentuk wang ringgit atau barang-barang tertentu.
Ianya sama ada tertakluk berdasarkan apa yang diminta oleh wanita, atau pun
bebas dengan apa yang hendak diberikan oleh si lelaki jika si wanita tidak
menetapkannya. Dan mahar adalah merupakan salah satu rukun dan syarat sahnya
nikah.
Allah s.w.t berfirman:“Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan…” (Surah an-Nisaa’, 4: 4)Tapi dalam adat perkahwinan orang melayu apa yang dipentingkan?
ok mahar ikut tetapan negeri tapi hantaran ikut nafsu...sekarang kalau tak de RM15 ribu ke atas jangan la gatai nak tanya anak dara orang...semua letak mahal-mahal..alasan barang mahal..bila anak-anak buat zina..kita nak marah diorang..erm..pikir-pikirlah...
nice info kak..:)
ReplyDeletetq hazanis...hanya sekadar berkongsi..
Deletebetul tu...siap bg alasan lagi,kalo degree, lagi mahal la anak diorg...huhuh
ReplyDeleteGK masa kawin alhamdulilah ada degree dan keje juga masa tue tapi mak ayah tak la demand sampai rm15 ribu macam org skrg...serendah2 mahar lagi bagus...
Deletehmmm insyaAllah nnt kawin x buat sume tu :)
ReplyDeletebuat takat yang termaampu fira..janji tak timbul fitnah dan dosa
Deleteyer ker?so klo cmtuh....sy nk kwin ngn awk la erk....wat cam cre kt ats jew...ok x?。^◕‿◕^。
ReplyDeletemasalahnya GK dah kawin...hehehehe
ReplyDeletebetul tu GK, bersederhanalah kite dlm perkahwinan....
ReplyDeletepst: Tengs GK.. Have a nice Monday dear!
nice entry GK :) semua2 nie lah yg menyebabkan kenapa ramai anak muda tak kawen lagi, kesian jugak kat orang lelaki .. harga smpai nak bunuh, sedangkan lepas mereka nikah ada lagi tanggungjawab yg lebih besar..
ReplyDeletemember GK kawin dengan orang cameron highland..mak bapak dia mintak sebentuk cincin je..itu cincin tunang itu la cincin kawin...hantar rm3000...ikut family juga...ada yg demanding tue yg menyebabkan ramai tak kawin...
ReplyDeletesalam kak..yg pasal sarung cincin tuh..org kite wt sbb upacara batalkan air sembahyang..klo kite nk elak kn upacare sarung cincin tuh..ade x care len? n ade x care len klo nk elak kn jugak drpd adat bersanding tuh?
ReplyDelete