NAK TAU INFO KLIK SINI

Tuesday, June 3, 2014

PASUKAN BOLA SEPAK SUKMA PERLIS KALAH DITANGAN KEDAH

KANGAR (2 Jun 2014) - Kekalahan yang amat pahit untuk ditelan. Yusri Che Lah seakan tidak mampu untuk terus berdiri, sebaik wisel penamat perlawanan separuh akhir bola sepak antara skuad bimbingannya, Perlis dan Perak dibunyikan pengadil. Seluruh jiwanya runtuh selepas Perlis tumbang 2-3 sekaligus gagal melangkah ke pentas akhir dalam pemburuan emas acara bola sepak.
”Memang amat sukar untuk menerima hakikat kekalahan ini kerana para pemain telah memberikan persembahan terbaik mereka malam ini(semalam). Saya memohon maaf kepada semua penyokong Perlis kerana telah mengecewakan mereka,” kata Yusri.

Pada pertemuan separuh akhir semalam, Perlis dua kali mendahului Perak tetapi gagal mempertahankan kelebihan tersebut dan akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan tipis 2-3 kepada skuad bimbingan Syamsul Saad.
Yusri menyifatkan anak-anak buahnya gagal mengawal emosi ketika mendahului lawan dan akhirnya melakukan kesilapan-kesilapan mudah sehingga dibolosi.
”Pasukan saya masih muda. Ada 7 pemain yang boleh beraksi pada SUKMA akan datang dan saya harap skuad yang ada ini dikekalkan untuk kita sama-sama membangunkan semula bola sepak Perlis,” tambah Yusri.

Yusri mahu semua pemainnya segera melupakan kekalahan itu sebaliknya menjadikan perlawanan penentuan pingat gangsa dengan Kedah esok sebagai pengubat kekecewaan.

Pun begitu, Perlis bakal kehilangan khidmat penyerang utama, Mohd Ikmal Ibrahim yang digantung perlawanan setelah menerima kad merah semalam.



post signature

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP