Salam semua,
Sempena hari jumaat yang penuh barakah ini, GK nak bagi sikit khutbah jumaat sebelum korang pi dengar khutbah tok iman nak sampaikan petang ni..Sapa yang rasa nak tau baca la..sapa rasa meluat tak soh baca...
Gk nak citer pasal Helem Shake..korang tau tak apa itu Helem Shake?penah tak dengar pasal benda ni? korang penah tengok tak video pasal Helem Shake nie? kalau tak penah tengok korang search kat youtube ye...sebelum tue bagi GK ngomel sulu..
Ok mai Gk nak citer..helem shake ni mula menular di youtube awal bulan februari 2013..video pertama yang diupload adalah pada pada 2 February oleh "The Sunny Coast Skate" yang melibatkan 5 remaja Queensland, Australia. Video ini adalah adalah susulan kepada video oleh YouTube komedi vlogger bernama Frank Filthy.
Masa GK tengok video ini apa yang GK paham ada satu orang yang akan memakai topeng (sering Helmeted atau bertopeng) menari dengan lagu sahaja selama 15 saat, dikelilingi oleh orang-orang lain yang tidak memberi perhatian atau tidak sedar individu menari. Apabila bass turun,orang ramai yang ada dalam video tue akan melakukan tarian gila sawan untuk 15 saat akan datang..GK klasifikasikan manusia yang bertopeng tue seperti setan..dia menghasut manusia buat jahat..mula-mula manusia yang ada kat situ tak terpengaruh pastu bila dah lama-lama semua yang ada kat situ mula terpengaruh...
Apa yang GK nak mengomel adalah, tarian seperti ini tak sepatutnya dipertonton di malaysia..ia boleh merosakkan anak bangsa...sebelum ini tarian gangnam style yang kita lihat umpama tunggang kuda adalah sikit unsur sopan berbanding tarian ni macam kena rasuk je...malah ada aksi -aksi lucah dan memakai pakain yang tidak sopan(separa bogel) yang diperlakukan oleh mereka dalam video itu...
Nak lebih kepastian tengok sendiri kat youtube dan nilaikan...bagi GK langsung tak de unsur komedi pun...jelek ada la...
hmm...ada t'baca fenomena ni kt FB..tp mcm malas nak amek port pun...dah baca kat sini br faham sket :p
ReplyDeletesy baru tgk..
ReplyDeleteya mmg menjengelkan..
nampak sgt pengaruh yg tak baik..
harap2 jgnlah terpengaruh dgn budaya diorg ni kan..
Ooo camtu yae. Tak tau pula sebelum ni
ReplyDelete