Apa-apa pun GK nak ucapakan tahniah semoga berkekalan...
Tapi adatlah dalam bercinta baru-baru nie GK terbaca kat Ohbulan yang Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 26 telah diserang oleh seorang wanita yang mengaku sebagai teman wanita Zalif Sidek dan berikutan insiden tersebut, Fida dikatakan telah mula menjauhkan diri serta enggan membalas BBM (mesej BlackBerry) yang dihantar oleh pelakon lelaki tersebut.
Pihak OHBULAN! telah mendapatkan Zalif dan bertanyakan lebih lanjut mengenai status terkini hubungannya dengan Fida.Adakah mereka masih berkawan ataupun sudah membawa haluan masing-masing?“Status saya dengan Fida masih lagi berkawan baik seperti mana saya berkawan dengan orang lain. Walaupun saya tahu sekarang ini dia banyak berdiam diri, tetapi saya tetap akan tegur dia kalau kami terserempak di mana-mana majlis.”“Saya tidak akan bermusuh dengan dia. Saya akui setiap orang mempunyai kesilapan dan kami pun masing-masing ada buat salah.”“Mungkin kami baru sahaja berkawan, jadi saya belum sempat nak berterus terang dekat dia semua perkara yang pernah saya lalui sebelum ini. Dengan siapa saya berkawan dan dengan siapa saya pernah rapat, semua itu saya belum sempat nak kongsi sebab masing-masing sibuk bekerja.”“Mungkin ini adalah pengajaran buat saya untuk tidak terlalu terbuka menceritakan kepada umum mengenai hubungan rapat kami.”
hmmm...Fida artis baru banyak kontroversi...saya rasa elok dia berjaya dulu..
ReplyDeleteHmmm..btul gak tu
ReplyDeletebagus le tu..elok fokus dgn kerjaya n bisnes dia dulu...byk beno kontrovesi
ReplyDeletenice blog..suke lah landing2 sini..kemas aje..