NAK TAU INFO KLIK SINI

Tuesday, April 27, 2010

RAHSIA WARNA BUNGA ROSE

Bila si dia memberikan kamu bunga rose..itu menandakan ada bibit cinta yang tekah tersemai dijiwanya...tapi nanti dulu setiap warna bunga rose tue ada maksudnyer..bukan semua orang akan dapat bunga rose merah tau di awal perkenalan...ada yang dapat warna kuning..so nak tau pe maksud bunga rose jom baca entry nie...


Bunga Mawar Merah : 
Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya.


Bunga Mawar Kuning : 
Si dia mau kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu


Bunga mawar putih:
Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.


Bunga Ros Merah Jambu : 
Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.

KAU YANG PALING KU SAYANG

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
 
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
 
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
 
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
 
"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
 
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"
 
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
 
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
 
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
 
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
 
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
 
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
 
"Tapi apalah maknanya bang.." aku terdengar ibu teresak-esak. "Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?"
 
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
 
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
 
Panggggg!!¦ .sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
 
"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
 
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
 
"Kakak perempuan.. biarlah kakak yang berhenti."
 
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat..
 
"Kak.. untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
 
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
 
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
 
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
 
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
 
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
 
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."
 
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
 
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
 
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
 
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
 
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
 
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
 
"Taklah.. .Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
 
Apalagi.. aku menangis seperti selalu.
 
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
 
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
 
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
 
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
 
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
 
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya.. ."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
 
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
 
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria. 

P/S: NOVEL INI SAYA COPY DARI http://bikwan.blog.friendster.com/

Friday, April 23, 2010

EDIT PICTURE USING PHOTOSHOP + PHOTOSCAPE

Today...saya nak show something hasil keje tangan yang saya dapat buat minggu lepas...editing nie melibatkan combination between photoshop and photoscape....
Enjoy it....

FINISHED ALREADY!!!

Friday, April 16, 2010

EDITING PICTURE

Semalam alhamdulilah ada kesempatan untuk edit gambar...nie adalah hasil terbaru yang telah diedit menggunakan adobe photoshop...otak nie jenuh berputar nak cari hasi yang sekreatif yang mungkin...

Dan ini lah hasilnyer...

Thursday, April 15, 2010

Menanti Sesuatu Yang Berharga

Aku tidak tahu macam mana hendak ku luah kan...terasa perit hendak ditelan tidak diluah kian parah...apa yang boleh ku kata kan hanya syair pujangga yang ku karangkan ini boleh menenangkan perasaanku....




Ku renung ke awan mencari mentari,
Mentari tiada awan pun hilang,
Ku sangka panas hingga ke tengahari,
Rupanya hujan kian mendatang.




Langkahku lemah tiada berdaya,
Tangan ku hayun tiada irama,
Mujur diri ini dikurniakan sidia,
Pandai memujuk menenangkan jiwa  .



Melihat teman dikurniakan cahayamata,
 Hati ku sedih tiada tiada terkata,
Bukan ku tak gembira kehadiran mereka,
Tetapi ku amat berharap mereka aku yang punya.


Andai sudah suratan Ilahi
Kami ingin diuji begini
Kami redha seikhlas hati
Walaupun sepi menyelubungi diri



Redha dan pasrah itu yang ku ucapkan
Walau hati menidakkannya
Sabar dan tenang suami ku ucapkan
Itu lah ubat penenang paling berharga

Tuesday, April 6, 2010

TEKNIK PHOTOSHOP

Dah lama sebenarnyer nak upload gambar nie kat blog...dalam komputer ada lagi tp tak sempat nak save...sekarang otak tengah ligat mengedit sampai tak sempat nak publish...kadang - kadang otak jadi blur nak edit apa tah...kadang tue otak ligat memuntah idea2 yang terbeku dalam pemikiran nie...nie hasilnyer...hasil didikan tidak formal pembelajaran dari internet...

  SELEPAS                    SEBELUM
    
 SEBELUM                    SELEPAS
                          SEBELUM                    SELEPAS

Monday, April 5, 2010

ILMU YANG BERGUNA UNTUK KITA

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN


PERINGKAT SATU:
Iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Maksud firman Allah dala surah al-Insan : " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat ". Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran. Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan. Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

A- Sperma B-Sperma menembusi ovum


PERINGKAT KEDUA:
ALAQAH :
Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah yang bermaksud " Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
al-Mukminun : 14. Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
* sesuatu yang bergantung atau melekat
* pacat atau lintah
* suatu buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.


PERINGKAT KETIGA:
MUDGHAH :
Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14. Firman Allah yang bermaksud "lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging" al-Mukminun : 14. Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.


PERINGKAT KEEMPAT:
IZAM DAN LAHM :
Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah yang bermaksud: "Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"-al-Mukminun : 14. Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
Janin pada usia 12 minggu

PERINGKAT KELIMA
NASY'AH KHALQAN AKHAR :
Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
Janin mendapat makanan melalui uri

PERINGKAT KE ENAM:
NAFKHUR-RUH :
Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP