NAK TAU INFO KLIK SINI

Friday, September 17, 2010

BULAN JATUH KE RIBA

Kemeriahan raya masih terasa walaupun dah masuk hari ke-8 raya arini..syok sangat raya kali nie...raya paling best dalam sejarah hidup aku...
ini la tahun pertama aku beraya sebagai sepasang suami isteri..best sangat...
6 tahun kami menyemai kasih sebagai sepasang kekasih alhamdulilah tahun nie dapat la juga kami beraya bersama..sepanjang bercouple dulu tak nah beraya di hari raya pertama...
nie la kali pertama dapat beraya di awal syawal..

Time raya aritu masa jumpa family sebelah suami...ada la mak saudara nie buka citer yang memang best dan masih terngiang2 di telinga...citer yang menusuk kalbu dan masih berbekam di hati...
Kalau korang dengaq pun korang mesti teruja dan berharap benda tue jadi kat korang...
untungnyer tapi tak semua orang dapat rezeki macam tue...korang nak tau tak citer per?

Korang penah dengaq tak citer BULAN JATUH KERIBA! atau korang penah tak mimpi 
BULAN JATUH KE RIBA
BULAN DATANG LA ENGKAU KEPADA KU


Begini citernyer,kawan mak saudara nie dia dok(tinggal) di sungai petani kedah manakala suami dia lak tinggal di Sarawak...diorang nie perkahwinan jarak jauh la...nak jadi citer ada satu malam wife dia mimpi bulan jatuh ke riba dia..dia citer la kat husband dia kata semalam mimpi bulan jatuh keriba...bila husband dia dengaq, husband cakap kita nak dapat rezeki la tue...si isteri pun terdiam sambil terpikir betul ke sayang?tak pe kita tunggu je la ketika masa tue sampai ye...

Sempena bulan syawal bakal menjelang tiba aritu, husband dia pun bertolak la nak balik kampung nak sambut raya dengan isteri tercinta di kedah...ye la tak kan nak sambut raya kat miri sorang2...bosan tue...masa dok dalam kapal terbang tue dia dok sebelah matahari terbit (orang jepun hehehehe) besa la dah dok tepi foreigner nie mulut kita kena ramah2...kita kan 1 Malaysia..sembang punyer sembang  alih-alih mamat jepun nie pun bagitau la dia sekarang buat projek nak tanam kelapa sawit kat sarawak masalah dia mana nak cari anak kelapa sawit...

Si lelaki melayu nie pun dengan penuh adat tertib membuat la janji manis (besa la orang melayu kuat berjanji nak sedapkan hati orang..) dia pun kata insyallah dia kan tolong kalau ada orang nak jual anak kelapa sawit dia akan contact cik jepun balik...mereka pun bertukar2 la business kad...

Sesampai di sungai petani..syok la dapat jumpa family dengan wife tercinta...tapi orang laki mana boleh melekat kat umah lama2..alang2 dah balik kampung dia pun pi la jumpa member kampung dia....sembang punyer sembang member dia bagitau..aku sekarang buat business tak jalan..aku dah susah hati sangat sekarang...semua benda buat tak jadi...kenapa bro..apa masalah hang?macam nie aku buat projek biakkan anak kelapa sawit..masalahnyer anak kelapa sawit banyak sangat..aku mana cukup tanah nak tanam semua tue...

Bila dengaq masalah kawan dia..dia terus tersenyum...member dia lagi la terasa hati...sampai hati ang senyum2 aku dalam hati nie dah bercelaru..kepala tak boleh nak pikir dah..ang jangan risau aku boleh tolong ang...ye ke ang nak tolong aku?betoi la...tak kan aku nak tipu janji si mamat nie...

Dipendekkan citer, pas dia contact mamat jepun nie..mamat jepun nie confirm nak beli 1 juta anak pokok kelapa sawit..mamat melayu nie dapat komisyen RM1 untuk satu anak pokok...korang bayangkan la dia dapat RM1 juta untuk 1 juta anak pokok...Dia terus teringat mimpi wife dia...terus dia tergamam dan menitis air mata kerana tergamam dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah ni...

Korang percaya la rezeki Allah ada di mana-mana janji kita bersyukur dan rajin beribadat dengan penuh keikhlasan pasti ada ganjaran menanti kita...lambat dengan cepat saja...ni ada la citer benar bukan ditokok tambah...



No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP