NAK TAU INFO KLIK SINI

Monday, May 2, 2011

FILEM CUN MEMANG BEST GILET

Semalam bosan sangat tengok tv kat umah...citer pun tak la best mana...last2 tangan nie rasa gatai nak tekan astro first...tengok ada filem cun...jadi GK pun apa lagi tekan la nak langgan...tengok kena bayar RM15 untuk satu movie...tanya orang2 dalam umah sapa nak layan movie cun...semua pakat-pakat setuju je...jadi apa lagi..kami pun kira confirm la layan movie tue...memang best la citer dia...tak nyesal pun langgan movie cun nie....korang jom la layan...member GK bagitau kat youtube pun ada juga citer nie...tapi nak lagi best layan dengan cd pun orait juga....boleh layan sambil makan kacang...citer nie memang kelakar sangat...dengar pulak remy ishak cakap utara memang sempoi la mamat nie...very verstail....citer dia simple je tapi cara diaorang berlakon memang kelakar giler....korang nak tau dak sinopsis dia macam ne....

Ok baca kat bawah nie...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSgtDErGdKSZYV1Dav58g_c9VlIb7uWp22_JdcbppUgg5eKz1fUSkCTo-GE_ceYOT1-1MvQB77P08tEs57gPx-O5lDGzAedIJe28Oz_Mt1lGRBtjOs-nmPhV57UrMxdifXUwGcPGNYEiR6/s320/Poster+Filem+Cun.jpg   

Sinopsis Filem Cun

Luna Latisya (MAYA KARIN) seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat (JEHAN MISKIN), seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala (MARSHA). Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom(FAIZAH ELAI), pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung9KEDAH) . Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta. Tom nie macam playboy sikit...tapi masa kecik-kecik dulu dia ada ati juga kat remy sihak...

Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan (REMY ISHAK), sepupu Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.

Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’...

 Nota Kaki;
watak bedah ronggeng dengan kawan dia...memang kelakar giler...dah la pkai skirt bawa skuter ada ati nak rempit...part jamban terbakar tue memang sempoi la...paling suka layan lagu yang atan buat untuk luna ...memang sedap lagu tue....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiyEvJ-25_qMF5oIB9KbU1sydbskTydEUkcKAeCNwWibHeY4oB8Jcxv4nd0Y_ohVR8UDQlPe16pm6KGhjB388RVS9hXPGEhdLYdBnpqwkBuahIB6U_7uroO0kp63W_7UXCAKmTr7v7ijU5q/s1600/Filem+Cun.jpg
Time nie la luna nak rempit dengan bedah ronggeng pasal rebutkan atan...MEMANG KELAKAR GILER...

3 comments :

  1. tak tgk lagi cite ni..tp semua org kata best.
    kena tnya hubby dulu..boleh x amik astro first tu..hehe

    ReplyDelete
  2. hehehe... best ke?
    nak tgk jugak la nanti... :)

    ReplyDelete
  3. takpe tengok kat youtube...kawan GK tengah tengok kat youtube sekarang nie...asyik dok gelak je dia dari tadi....

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP