Salam arini GK nak share 13 reason orang perempuan selalu bagi kalau tak nak pakai tudung...tak kira ler diaorang artis ke orang besa ke...aurat bagi perempuan yang wajib tutup kecuali tapak tangan dan muka je...
jom tengok alasan bodo yang diorang selalu bagi...
1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
- Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak.
Mengumpat orang.
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi
jahat.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman
yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu
menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka
jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi
mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta
nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada
individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang
sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan
puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa
sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan
hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta
orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak
menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan
Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan
photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene.
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum
sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia
muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap!
Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit
kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak
ikhlas beragama Islam.
“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia
ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh
dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana
kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi
oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan
bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah
suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga
perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”
sumber dari blog: http://drrozmey.wordpress.com
=)
ReplyDeleteTak dinafikan memang ada berdepan dgr org yg cakap mcm tu...
ReplyDeletetak baik ckp org bodo :)
ReplyDeleteyg penting kita doakan mereka berubah.
kita x tahu diri kita mcm mana..manalah satu hari nnt syaitan berjaya menyesatkan kita pulak kan.
sama-sama berdoa kan.