NAK TAU INFO KLIK SINI

Tuesday, August 19, 2014

CONTOH SOALAN TEMUDUGA SPA: APA KELEBIHAN ANDA?

Entry kali ini GK nak kongsi tips untuk menjawab soalan SPA yang selalu penemuduga selalu tanya... jawapan ini sesuai untuk soalan:
1) MENGAPAKAH KAMI PATUT MEMILIH ANDA UNTUK JAWATAN INI?
2) APA KELEBIHAN ANDA?

Kali saya ingin berkongsi satu lagi tips temuduga. Saya harap anda tidak bosan menerima tips dari saya.Cuba lihat semula tajuk post yang saya berikan. Ianya menunjukkan satu soalan popular yang sering ditanya semasa temuduga. Mungkin anda pernah ditanya soalan sebegini dan juga mungkin juga tidak. Akan tetapi, apa yang saya boleh katakan, soalan ini memang popular ditanya olehpanel penemuduga semasa sesi temuduga.

Kelihatan macam mudah saja untuk kita nak menjawab soalan sebegini bukan? Tapi, cuba anda cuba menjawabnya sekarang. Jawab, jawab,«Pasti anda teragak-agak untuk menjawabnya bukan? Anda pasti terfikir seperti ini: apalah aku nak jawab ni ye? Takkan nak puji diri sendiri, nanti orang kata masuk bakul angkat sendiri.Kebanyakan calon temuduga gagal ketika menjawab soalan seperti ini. Ada yang menjawab begini:-

  1. Saya memang minat kerja ni, saya memang patut dapat.
  2. Saya memiliki CGPA tinggi, atas 3.5. memang saya rasa saya layak. Bukannya senang nak dapat CGPA tinggi ni di universiti.
  3. Mak ayah saya bekerja di jawatan yang sama juga seperti saya minta ni, jadi saya memang dah tahu macamana kerjanya
  4. Saya dari dulu memang minat sangat jawatan ini, dari zaman saya sekolah lagi
  5. Dan bermacam-macam lagi jawapan yang kurang tepat yang diberikan oleh calon.Sebenarnya, anda perlu melihat soalan ini dalam dimensi yang lain seperti ini: 


Mengapakah anda merupakan calon yang sesuai untuk jawatan ini? Ya, benar! anda memang perlu berfikir seperti ini. Berfikir mengenai apa yang tersirat di sebalik soalan yang ditanya oleh panel. Kesesuaian anda untuk jawatan tersebut sebenarnya amat diambilberat oleh penemuduga.Jadi, bagaimana anda untuk menjawabnya?

Jadi jawapan anda seharusnya begini:

Saya rasakan diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana:

  1. Saya mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran menilai yang tinggi untuk mengenali serta mencari penyelesaian yang sesuai kepada sesuatu masalahyang sukar.2)Saya juga seorang yang mempunyai tahapkeyakinan dan jati diri yang jitu, serta berkebolehan untuk berkomunikasi dan mampu menerima sebarang maklumat dan tugasan dengan baik.
  2.  Saya mampu bekerja secara berpasukan dan boleh menyokong ahli-ahli pasukan yang untukmencapai sesuatu visi dan misi yang seterusnyamampu meningkatkan produktiviti organisasi/jabatansaya.
  3.  Saya juga bijak menguruskan masa dan seorangyang menjalankan tugas secara teratur. Di manasetiap kali melakukan tugasan besar, saya akan merancang beserta perancangan masa yang baik. 
  4.  Saya berpegang pada kata hikmat ´GAGAL MERANCANGADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL´.
  5. Akhir sekali saya seorang pekerja yang berdedikasi dan mempunyai keinginan yang membara untuk mencapai visi saya dan jabatan/kementerian ini.  Jesteru itu, saya pasti merupakan calon terbaik untuk mengisi jawatan yang ditawarkan ini.


Contoh- contoh jawapan di atas menunjukkan betapa hebatnya dan sesuainya anda untuk jawatan yang ditawarkan. Mungkin anda mampu menjawab soalan sebegini dengan lebih baik dari apa yang saya berikan.Semoga tips kali ini dapat menyediakan diri kita dengan lebih baik semasa temudugakelak. Apapun, persediaan sebelum temuduga adalah amat penting dibuat oleh kita.

Yang penting, kita telah membuat persediaan, keputusan samada lulus atau gagal, kita berserah kepadanya. Dan ingat, jangan pula jadikan kegagalan sebagai pelemah semangat untuk kita berjaya dalam hidup. Kita hanya mampu berusaha, Tuhan yang menentukannya.


NOTA KAKI:
Jawapan ini GK dapat dari internet juga...GK kumpul setiap jawapan yang diberi dan jadikan nashkah untuk tatapan blogger dan viewer yang ingin mencari tips untuk menjawab soalan interview....semoga korang yang dapat interview kerajaan akan berjaya menempatkan diri dalam sektor kerajaan...

post signature

5 comments :

  1. salam GK.. tips yg sgt membantu...mohon copy na..

    ReplyDelete
  2. Thanks GK..sy akan interview next week.tip2 drp GK sgt2 membantu sy..sy doakan GK diberkati Allah..Wish me luck ok..hehe..

    ReplyDelete
  3. thank GK..tips yg sngt membantu n terbaik...selalu dpt soalan ni memang blurrr abiss...finally dpt jg jwpan yg terbaikk..hehe..next week sy g interview spa...harap2 kali ni rezeki sy...amiinn...

    ReplyDelete
  4. thank you GK tips yg sgt membantu. mohon dijadikan sebagai rujukan yea. doakan sy berjaya temuduga spa.

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP