NAK TAU INFO KLIK SINI

Friday, May 11, 2012

KISAH DISEBALIK PENDERAAN ANAK OLEH IBUNYA

Salam semua selamat pagi..sihat ker?alhamdulilah selesai dah berblog walking sekarang time nak tulis entry pulak...Masih terngianga-ngainga kes penderaan anak kecil oleh ibu dia....GK tengok ideo tue tapi tak sanggup nak buka sound...GK tak tahan tengok video tue GK menangis sangat2...teringat aidil kat umah..aidil sekarang pun macam budak tue la baru belajar merangkak...

Tipu la kalau GK kata tiada langsung sekelumit perasaan marah atau geram pada wanita tersebut...masing-masing yang tengok mesti akan rasa marah...Gk siap download video tue tunjuk kat mak dengan ayah GK..mak tak sanggup tengok dia tengok sikit nada dia dah sebak..dia kata teringat aidil..ayah dia tengok sampai habis..dalam dok tengok tue mulut dia dok mengomel marah kat perempuan tue...
(ayah GK nie seorang yang amat garang..kecik2 dulu kalau mengaji Al-quran tiap-taip malam mesti GK nangis sebab suara dia je dah mengerunkan itu belum dia angkat rotan buat gaya nak pukul
dia pun boleh marah tengok video tue...jadi GK tak heran la kalau semua rakyat malaysia marah dan ucapan syabas juga pada rakyat malaysia yang prihatin pi hantar video tue kat balai polis buat report..

Tadi GK sempat la melawat ke belog en hazrey..
GK rasa dia wartawan..dia sanggup ke IPD petaling jaya menyiasat kes ibu dera anak kecil tue...Dari apa yang GK faham yang ditulis oleh en hazrey tue ibu itu tiada suami...Insyallah bulan november nie dia kan keluar penjara..harap dia tidak akan mengulangi perubatan dia lagi..kalau tak nak bela beri pada yang mahu..sebab ramai lagi diluar sana yang mahukan zuriat...
Ada orang marah pada yang merakam video tue..tapi sedar kah korang dia merakam sebab nak tunjuk bukti kepada polis bukan nak publish untuk tatapan ramai..kalau dia nak raih publisti murahan kenapa dia tak upload video tue mei tahun lepas saja..mungkin video sudah jatuh ketangan pihak yang tak bertanggungjawab sehingga tersebar dengan cepat hanya dalam masa 4 hari dari tarihk diupload oleh "pemilik video" itu bertanggal 5 mei 2012. Ada orang marah kata awat dia tak tolong selamatkan bayi itu..video tu 4 minit 16 saat mungkin selepas merakam dia terus selamat bayi itu.. kalau tak masakan bayi tue masih bernyawa sampai sekarang...hanya Allah yang mengetahui...

Pengajaran dari video tue:
Selepas GK tengok video tue balik dari kerja GK balik rumah GK terus peluk aidil erat-erat..GK kata kat aidil kalau mama masih waras mama takkan dera aidil..melainkan pukul manja-manja untuk mendidik aidil saja..nanti bila aidil dah besar mama harap aidil jaga dan kasih kat mama dan abah macam mana mama dan abah sayang sepenuh hati kat aidil...yang buat GK menangis sangat bila aidil yang baru berusia 8 bulan kata"ma..ma.."(dalam hati GK rasa dia faham apa yang GK cakap tadi)..anak kecik pun ada perasaan..
Janganlah kita memarahi diorang dengan mengeluarkan kata-kata kesat..kecik hati depa bila kita bercakap yang bukan-bukan...cuba kita tengok orang tua-tua dulu kalau marah budak diorang akan kata 
"bertuah sungguh budak nie orang kata jangan dia buat juga"

NOTA KAKI:
Semalam mak GK tanya GK "bila hari ibu? GK jawab"setiapa hari hari ibu" 
Bila pikir balik issshh awat mak tanya nie mak tak penah tanya pun...ingat nak sambut besday dia je 23 mei ni...sebab rasa dalam islam tak de pulak fatwa kena sambut hari ibu pada tarikh sekian-sekian..ajaran mana ye?
Apa-apa pun selamat hari ibu juga la kepada semua ibu-ibu diseluruh dunia...




1 comment :

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP