NAK TAU INFO KLIK SINI

Thursday, May 30, 2013

TIP SOALAN TEMUDUGA: KENAPA BERMINAT BEKERJA SEKTOR KERAJAAN

Tahniah GK ucapakan kepada korang yang dapat panggilan interview dari SPA..antara soalan yang kerap ditanya oleh penemuduga ialah:
Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta??
@
Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?

Untuk soalan ini ini antara jawapan yang korang boleh bagi..jawapan penyedap hati...

Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana:

1. Berjaya menempatkan diri sebagai penjawat awamadalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya kerana saya dapat berbakti kepada negara,bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

2. Bidang kerja di sektor awam adalah merupakan minat dan cita-cita saya sejak zaman persekolahan lagi dibantu dengan sokongan dan dorongan dari keluarga saya terutamanya dari ibu dan ayah yang amat berharap saya berjaya memasuki kerjaya disektor awam. Jadi, saya amat berharap saya dapat diterima sebagai seorang penjawat awam dan seterusnya dapat berbakti untuk negara.

3  Selain berkhidmat di sektor awam, saya jugaakan berterusan mendapat peluang untuk menambahkani lmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang kerja yang diceburi dengan adanya seminar,bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak lagi yang sememangnya amat bernilai bagi saya yang tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu pengetahuan yang tinggi.

4. Saya juga berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari kelayakan yang saya miliki sekarang dengan bantuan dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapa tmenyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri.

5. Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja disektor awam ini memberikan jaminan masa depan buatsaya dan juga keluarga saya. Biarlah orang berkata´kerja kerajaan ini gaji sikit je´ tetapi bagi saya, terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang berlaku di sektor swasta kini.

6. Ya, kenaikan pangkat! Semua orang menginginkan kenaikan pangkat dan juga gaji. Dalam sektor awam semuanya akan diberikan termasuklah kelebihan -kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti tahunan, KWSP, mudah buat pinjaman bank, dan lain-lain. Jadi ini memberikan galakan kepadaa saya untuk memasuki sektor awam berbanding swasta.


post signature

14 comments :

  1. bgus tips ni.. terima kasih kongsi psal ni :)

    ReplyDelete
  2. jawapan no 5 dan 6 .....:)

    ReplyDelete
  3. jangan risau jawapan no.5 dan no.6 akan diupdate nanti ye...jawapan ada dlm pendrive lupa nak publish..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. GK baru lepas habis pantang arini baru 56 hari..tak sempat nak blogging lagi...nanti GK update ye..

      Delete
  5. yg link wane merah xblh klik. cane GK

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada link yang GK belum sempat nak bagi jawapan..TUNGGU YE

      Delete
  6. trma kasih..bg tips yg berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga entry dapat membantu semua yang bakal menjadi penjawat awam..

      Delete
  7. Awk..bile nk update jawapn2 yg lain.. Tq..;-)

    ReplyDelete
  8. aduh saya baru masuk keje...nnt ada ms saya akan perabih kan jawapannyer...kalo saya lmbt updates jawapan kalian boleh guna soalan yg saya bagi then surf jawapan di internet ye...sebab setiap jawapan tak sama...

    ReplyDelete
  9. Nnt ad masa update la sis.. Really need it...btw tq ya :)

    ReplyDelete
  10. Hai sis... Tq for the tips.. Amat b'guna... Tp nnt klau ad masa update la lg yg blm ad jwpn... Blh buat panduan...

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP