NAK TAU INFO KLIK SINI

Thursday, February 28, 2013

SENARAI PEMENANG ANUGERAH CIPTA FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-25

Salam semua, GK nak bagi tau nie, semalam bertempat di e@Curve, Mutiara Damansara telah berlangsung Anugerah Cipta Festival Filem Malaysia 25 (FFM25). Mungkin ada yang tak tau lagi sapa pemenangnyakan..ok nie senarai pemenang semalam..tahniah kepad filem Bunohan dan semua yang menang ye..
Berikut adalah pemenang-pemenangnya:
1. Poster Terbaik: Seafood (Silver Ant Sdn Bhd)
2. Pereka Kostum/Busana: 29 Februari (Hasnan Yaacob)
3. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Hantu Gangster (Tee Jing Chen)
4. Lagu Tema Terbaik: Ombak Rindu (Nurzaidi Abdul Rahman)
5. Penataan Bunyi Terbaik: Bunohan (Raja Ahmad Shaidaley dan Imaginex Studios)
6. Penataan Seni Terbaik: Bunohan (Dain Iskandar Said)
7. Pengarah Harapan: SAM (Syafiq Yusof)
8. Filem Pendek Terbaik: Sanzaru (Reservoir Production Sdn Bhd)
9. Filem Animasi Terbaik: Ninja Vs Pirate (The One Academy)
10. Skor Muzik Asal Terbaik: Bunohan (Mendiang Yuan Tan Yan Wei, Imaginex Studios)
11. Penggiat Belakang Tabir Terbaik: Lim Kim Hua (pembekal filem) 

Malam pertama FFM25 itu turut menyaksikan Pengarah filem SAM (Saya Amat Mencintaimu),  adik kepada Syamsul Yusuf iaitu Syafiq Yusof dinobatkan sebagai Pengarah Harapan. Filem Bunohan turut menang juga tau menerusi anugerah menerusi Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik..
Pemenang meraih sebuah trofi dan wang tunai sebanyak RM10,000.

Malam Anugerah Cipta FFM25 menyenaraikan 11 kategori manakala baki 12 lagi kategori diumumkan pada acara kemuncak Anugerah Perdana yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Sabtu ini.
 
post signature

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP