Seorang pengantin wanita di Tennessee, Amerika Syarikat dikecam hebat oleh pengguna media sosial berikutan tindakannya melekatkan bayi perempuannya di gaun perkahwinannya, baru-baru ini.
Shona Carter-Brooks bagaimanpun mempertahankan tindakannya itu di Facebook dengan menyatakan anaknya, Aubrey yang baru berusia sebulan dilindungi dan gaunnya telah diubahsuai untuk meletakkan anaknya di situ.
Shona turut mendedahkan gaun putih meleretnya itu direka pereka gaun perkahwinan terkenal Hollywood, Vera Wang dan anaknya selamat dalam pakaiannya itu kerana ‘dilindungi Christ’ sepanjang majlis itu berlangsung. – MYNEWSHUB.MY
Pada pendapat GK memang patut si mak baby ni dikecam sebab kalau dia nak sangat anak dia diusung bersama dengan dia masa majlis tue dia boleh je guna stroller...
Rasa taraf baby tue macam rendah sangat...walaupun dah reka hebat macam mana pun tak sepatutnya anak kecik tue diheret sebegitu rupa...
Apa salahnya letak je baby tue dalam katil yang indah disebelah paderi supaya dia dapat dengar lafaz kahwin mak dia...banyak je design baby cot yang comel-comel sekarang...
Ish2. tak perikemanusiaan. huhu
ReplyDelete