Tadi cek kat nuffnang tengok income GK baru mencecah RM232.21 boleh lihat print screen dibawah nie..
GK pun dah lama berkecimpung dengan nuffnang nie...dah banyak kali juga cah out duit dari nuffnang..cuma tak penah la mencecah ribuan ringgit macam blogger lain...(tulis blog pun syok sendiri)...
kalau ada yang singgah baca entry tu kira bersyukur la...cuma GK akan pastikan setiap entry yang GK publish tue tak akan buat mana-mana individu tersentap hati...(takut la orang tak ampun jenuh GK)
ini INCOME yang penah gk cash out dari nuffnang...Nuffnang tambahkan lagi traffik iklan kat blog GK ni...Baru masyuk lebih sikit..
Mungkin nuffnang terdengaq kot keluhan hati GK maka mereka dengan bersesar hati telah mengirimkan email untuk GK tip tingkatkan pendapatan melalui blogging...
Mungkin korang nak copy pastu paste kat blog korang kan...ok biar GK taip kat bawah ni...bagi memudahkan korang copy ye...
Salam sejahtera ROSHIDA BT KAMIH @ ALWI,
Kami ingin mengalu-alukan anda sebagai sebahagian dari komuniti blog Nuffnang dan terima kasih kerana sudi mendaftar blog anda dengan Nuffnang! Kami ingin berkongsi petua bagaimana meningkatkan pendapatan blog anda dengan mengikuti langkah-langkah tersebut.
Apakah yang anda perlu lakukan?
Sebelum kita boleh memperuntukkan iklan kepada blog anda, sistem kami memerlukan masa untuk memproses trafik blog anda. Proses ini akan mengambil sekurang-kurangnya 21 hari selepas anda memasang unit iklan di blog anda, oleh itu jangan risau jika tidak ada iklan dipapar di unit iklan anda. Selepas blog anda diserahhakkan kempen, anda akan mendapat emel tentang info kempen tersebut daripada Ad Operations kami. Jika anda tidak berhasrat untuk mengambil bahagian dalam kempen tersebut, anda boleh emel ahli Ad Ops kami untuk menarik diri daripada kempen tersebut.
Sebagai rangkaian blog yang terbesar dalam Malaysia, terdapat banyak cara untuk anda untuk mengambil bahagian dalam komuniti Nuffnang. Berikut adalah tips daripada kami:
- Cara-cara untuk meningkatkan trafik blog anda. Kami mencadangkan minimum 20 views setiap hari. Anda boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog anda melebihi 20 views setiap hari.
- Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan! Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang anda boleh letak di blog anda iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular. Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan leaderboard dan skyscraper, oleh itu kami mencadangkan supaya anda memastikan blog anda mempunyai ruang untuk unit tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit iklan, sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add ads".
- Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog anda! Pada masa anda berdaftar dengan Nuffnang, anda dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog anda. Dengan ini, ia membolehkan kami untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang berkenaan.
- Memahami pembaca blog anda. Dengan memahami pilihan pembaca blog anda, anda boleh mengetahui bagaimanakah pembaca anda akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog anda. Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai untuk blog anda, bukan sahaja akan membolehkan kami untuk memperuntukkan iklan yang sesuai kepada blog anda, malahan dapat menambah pendapatan blog anda.
Sekiranya anda mengalami segala kesulitan atau mempunyai segala pertanyaan, sila hantar mesej kepada HelpDeskkami, pihak kami sedia membantu.
- Pengiklanan banner Nuffnang. Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang. Unit-unit iklan tersebut membolehkan kami mengukur trafik blog anda, dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat pendapatan. Walaupun anda hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog anda, tetapi lebih banyak unit iklan yang anda letak, semakin tinggi peluang blog anda akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan.
Sekian, Terima Kasih.
Nuffnang
Nice sharing... Blog sy pun x meriah cpuv nya.. Entry ni sgt membantu.. Tq.. :D
ReplyDeletesharing is caring tak gitu moon...GK pun dok merangkak lagi
Deletethanks GK for sharing..sgt2 memerlukan tips bgni..
ReplyDeletesy pn dpt emel dr nuffnang tp bkenaan penilaian ads dorg dlm blog sy..
huhuhu sy mgkn ad tlepas pndang atau tsilap setup, jd slh 1 nye mndapt penilaian kurg memuaskan..ptt la pon slow je sy pnye flow..huhuhu hrp GK rjin2 share tips & advise lg ye..
jom are rull kita pakat-pakat buat duit dengan nuffnang
ReplyDeletetentang jumlah view, boleh la cuba-cuba kaedah yang ada dalam blog ni...
ReplyDeletetrick yang dipanggil sebagai 'kaedah pindah traffik'.
berkesan juga...leh capai sehingga ribu traffik sehari..
~blogspot : bekalan-kehidupan
blog saya pun CPUV susah nak singgah. Baru2 ni ada dapat email dpd nuffnang macam email di atas tu jugak...
ReplyDelete