Ini shopping mall di sebuah daerah di Bangkok, Thailand. Shopping mall ini mempunyai ketinggian 11 tingkat. Tetapi pada tahun 1997, 7 tingkat atas bangunan ini terpaksa dirobohkan atas sebab undang-undang tidak membenarkan mana-mana bangunan tinggi melebihi 4 tingat hanya kerana ada istana di kawasan tersebut.
Pada tahun 1999 pula, berlaku kebakaran yang mengakibatkan kematian. Dan sejak dari itu, bangunan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa bumbung.
Hujan turun hari demi hari dan mengakibatkan air bertakung dan di bahagian ground floor pula menjadi kolam. Kesannya? 2003-2004 nyamuk membiak dengan bermaharajalela di kawasan itu dan menyebabkan ketidakselesaan pada penduduk sekitar.
Bagi mengatasi masalah berkenaan, penduduk sekitar meletak beberapa ekor ikan dalam kolam itu untuk mengawal pembiakan nyamuk.
Sejak dari itu, ikan-ikan mula membiak. Namun kisah kolam ini hanya diketahui oleh penduduk kawasan itu sahaja. Dan sekarang ia telah tersebar keseluruh dunia...ramai orang sudah mengetahui megenai hal ini..
Ada pihak datang dan curi ikan kap yang nilaiannya jutaan ringgit...
Semenjak perkhabaran mengenai kolam itu tersebar di laman sosial, ramai orang luar datang dan hal ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa tempatan.
Pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup kawasan terbabit atas faktor keselamatan
Artikel yang menarik! Jangan lupa singgah artikel terbaru saya Cara mudah dapatkan 1 juta backlinks Sama-sama kita tingkatkan traffic kita.
ReplyDelete