Untungnya rakyat Malaysia nie, duit nak dapat mudah sangat
cuma perlu usaha sikit je la..
Menteri Besar Terangganu Datuk Seri Ahmad Said buka tawaran
sapa-sapa yang dapat tangkap tikus samada hidup atau mati, mereka akan dibayar
RM2/seekor...wah tawaran yang bagus...
Korang pakat dengan adik beradik sorang tangkap 50 ekor
sehari, korang boleh dapat RM100/sehari...kalau sebulan dah boleh dapat
RM3000..wah korang kaya...
Pasni yang kaya tauke kedai racun perosak la..bila
pakat-pakat semua beli racun tikus..dia yang kaya dulu...hehehehe..apa-apa pun
usaha lebih sikit habuannya banyak...
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah itu dibuat bagi memastikan bandar raya ini bebas dari ancaman makhluk perosak itu. Beliau berkata sehubungan itu, kerajaan negeri akan melancarkan kempen menangkap tikus secara besar-besaran di bandar raya ini. "Kita buat kempen ini berikutan pemerhatian kita di bandar raya ini haiwan perosak itu menimbulkan ancaman kepada rakyat. Kita bimbang kerana ia boleh membawa penyakit merbahaya seperti kencing tikus. "Program ini juga dibuat sebagai persiapan sempena Tahun Melawat Terengganu tahun hadapan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini hari ini. Ahmad berkata kempen itu akan diperluas ke seluruh negeri sekiranya mendapat hasil yang positif daripada kempen tersebut. "Kita buat percubaan dulu dan bila hasilnya baik, kita lanjutkan tempoh kempen. Selain memastikan bandar raya ini bebas daripada tikus, ini dapat juga beri pendapatan sampingan kepada penduduk di sini. "Tak eloklah kalau tikus berkeliaran di dalam restoran dan tempat-tempat awam kerana ia akan membawa penyakit. Ia juga memberi imej buruk kepada bandar raya kita," katanya.
Hye GK :)
ReplyDeletebagus la idea ni...
ReplyDeletep/s: salam, tengs drop by my blog n drop ur comment, saya follow sini terus yer...