NAK TAU INFO KLIK SINI

Showing posts with label siti nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label siti nurhaliza. Show all posts

Friday, May 25, 2018

SITI NURHALIZA SUDI BANTU TUN MAHATHIR UNTUK KONGSI IDEA

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza bersedia jika diperlukan untuk membantu kerajaan dalam membangunkan industri seni tanah air.
Bagaimanapun, Siti, 39, berkata dia tidak mahu terikat dengan sebarang jawatan tertentu yang memerlukan komitmen.
"Saya bersedia untuk membantu atau jika diminta untuk memberi idea atau sebagai penasihat untuk industri seni.
"Tapi tidak mahu yang terikat dengan mana-mana komitmen berkaitan kerja," ujarnya kepada mStar Online pada malam Rabu.
Penyanyi lagu Comel Pipi Merah ini ditemui pada majlis berbuka puasa Shopee yang diadakan di Hotel Hyatt, Kuala Lumpur.
Isteri ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu berkata, dia mengharapkan kerajaan baharu bawah Pakatan Harapan ini lebih memberi perhatian terhadap golongan seni.



Siti bersama rakan-rakan artis yang turut terlibat dengan Shopee.

Katanya, sebuah badan atau pusat perlu ditubuhkan bagi menjaga kebajikan artis yang berhadapan dengan masalah.
"Kita nak artis dinilai dan diberi perhatian. Kalau boleh ada satu pusat sehenti atau badan yang benar-benar menjaga kebajikan artis. Kita tidak mahu terlalu banyak sehingga tidak tahu mana yang patut dituju.
"Ia betul-betul profesional dan boleh dibuat rujukan," ujarnya.
Selain itu, Siti turut mencadangkan sebuah bangunan khas untuk pengiat seni bebas berkarya.
Tambahnya, bangunan itu juga boleh dijadikan tempat untuk pelancongan.
"Kalau boleh sebuah bangunan khas untuk anak seni bukan sahaja pelakon dan penyanyi tapi juga semua jenis seni termasuk pelukis.
"Ia sebagai tempat berkumpul dan boleh menjadi tempat tarikan pelancong," ujarnya.
Siti Nurhaliza diketahui mempunyai hubungan baik dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah beliau merupakan satu-satunya artis yang diikuti oleh Mahathir di laman sosial Instagramnya.

Baca lebih lanjut di www.mstar.com.my




post signature

Friday, June 17, 2011

GAMBAR SITI NURHALIZA MASUK ASKAR WATANIAH

Cantiknyer siti pakai baju askar nie....
dia nie muka memang tak makan usia la...
dia walaupun tua pada GK tapi nampak muda sangat dari GK...
cute sangat...
tambah lak pakai baju askar nie...
lagi bertambah cute...
aritu member opis GK beli bedak simply siti dia sapu kat muka...
kulit dia jadi smooth je...make up jadi sekata...
berbaloi la beli mahal2 tapi elokkan....

korang nak tengok gambar siti pakai baju askar wataniah tak?....


Gambar nie GK ambik dari facebook zai kulim...
GK tengok cute sangat gambar dato siti nie...
geram lak kalo tak buat entry pasal dia....
Zai GK borrow ye gambar nie...

 

Nota Kaki:
GK pun teringin juga la nak bergambar dengan dato siti...boleh berlaga-laga kepala gitu....sporting la u dato siti...




   

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP