NAK TAU INFO KLIK SINI

Thursday, December 9, 2010

Pekerja sektor swasta mungkin nikmati cuti bersalin 90 hari

http://www.edaransalindah.com/kongsicerita/bersalin/bersalin_wang2.jpg
Pekerja sektor swasta dijangka menikmati cuti bersalin sehingga 90 hari sama seperti penjawat awam melalui satu usaha penyelarasan dan pindaan terhadap Akta Pekerjaan 1955.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya akan memasukkan kertas Kabinet untuk mendapatkan kelulusan supaya Kementerian Sumber Manusia meminda akta pekerjaan bagi menentukan cuti bersalin diselaraskan dengan perkhidmatan awam.
Menurutnya, cadangan cuti bersalin selama 90 hari bagi pekerja sektor swasta akan dibawa ke Kabinet pada Januari depan.
“Perkhidmatan awam, kita sudah beri 90 hari mengikut pilihan pekerja. Kita nak bawa polisi yang sama kepada sektor swasta. Kita tak mahu sektor swasta tertinggal di belakang,” katanya.

3 comments :

  1. amin...harap2 semua pekerja swsta dapat benefit nie sama adil macam pekerja awam...cian kat ibu baru pas bersalin..biar la diorang rehat lama2 sikit...betul tak?

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP