Penjaga gawang skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che
Mat, 23, dilihat bakal bergelar jutawan kerana rezekinya tidak
putus-putus sejak membantu negara memenangi Piala AFF Suzuki 2010.
Terbaru, Kelab Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM) dan syarikat Khairul
Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR) miliknya dilancarkan secara rasmi di
sini, semalam,
Sebelum ini, Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek memiliki sebuah banglo dihadiahkan kerajaan Kelantan bernilai RM200,000, menjadi duta beberapa syarikat dan kerap menghiasi muka depan beberapa majalah.
Sebelum ini, Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek memiliki sebuah banglo dihadiahkan kerajaan Kelantan bernilai RM200,000, menjadi duta beberapa syarikat dan kerap menghiasi muka depan beberapa majalah.
“Alhamdulillah, saya sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki diterima dan berharap perancangan syarikat serta kelab ini berjalan lancar,” katanya.
Apek berkata, menerusi KKFCM dan KFR yang menjalin kerjasama
dengan Rakyat Travel (anak syarikat Bank Rakyat), beberapa pakej
ditawarkan sebagai syarat keahlian dengan pakej paling tinggi
membabitkan bayaran yuran RM750 (pakej Family Combo) dan paling rendah
RM10 (pakej rakyat).
Menerusi pakej itu, ahli kelab boleh menikmati pelbagai
keistimewaan, termasuk perlindungan insurans bernilai RM40,000 setahun
tajaan KFR, potongan menginap di Khairul Fahmi Villa Inn Kota Bharu,
potongan pakej pelancongan dan pakej umrah selain menyertai aktiviti
bersama Khairul Fahmi pada masa depan.
No comments :
Post a Comment
Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。