NAK TAU INFO KLIK SINI

Friday, January 13, 2012

SBPA (Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam) Ditangguhkan

SBPA (Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam) telah pun ditangguhkan oleh kabinet dua hari lepas. Pelbagai masalah yang timbul dan menyukarkan pelbagai pihak.
Kakitangan awam pun ramai yang tidak berpuas hati dengan Skim baru ini. Pelbagai mesyuarat, perjumpaan, perbincangan dijalankan, namun hasilnya tetap serupa. Masalah masih juga belum selesai. 
Pelbagai alasan yang menjadi sebab utama penangguhan SBPA ini.
Antaranya ialah ketidak puasan hati oleh semua kakitangam awam, tiada perundingan mendalam dan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan pekerja), peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tinggi,  malah sebilangan besar kakitangan awam ini tidak mendapat informasi yang tepat dan padat megenai skim ini sebelum menerima opsyen skim SBPA ni.
Di samping itu ada juga pihak yang mendakwa dipaksa untuk menerima opsyen ini sedangkan mereka tidak tahu langsung mengenai tangga gaji dan sifir gaji. Beberapa orang ahli politik juga menggesa dan bersetuju agar skim ini ditangguhkan berikutan ketidak adilan dalam kepentingan kakitangan kumpulan rendah yang mana mereka merupakan dua pertiga jumlah kakitangan kerajaan.


sumber dari: http://myblogsantai.com




No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP