NAK TAU INFO KLIK SINI

Tuesday, May 22, 2012

FASHA SADHA SEDIH ADA PIHAK PERTIKAI KEHAMILAN DIA

GK tak la minat sangat kat fasha nie..tapi lakonan dia memang best la..masa kat terbaca kisah kehamilan fasha sadha ada juga la GK dengar suara2 sumbang kata pasal kehamilan dia..tapi biar la GK tak mo komen..kesian kat tuan empunya badan....
mulut manusia nie bukan boleh nak tutup bukan macam mulut tempayan..kita dapat anak cepat pun kena pertikai kita dapat anak lambat pun orang mengata...
tak tau nak buat macam ne nak puas kan hati orang...
sabar je la fasha ye...

Tadi GK terbaca kat blog bulan purnama citer pasal fasha nie la...
korang baca la sendiri..
Pelakon Fasha Sandha melahirkan rasa kecewa dan sedih apabila berita kegembiraan kehamilannya dipertikaikan beberapa pihak termasuk mendakwa dia telah berkahwin di luar negara sebelum ini.
Fasha, 28, yang mengesahkan dia 'bunting pelamin' baru-baru ini memberitahu, dia dan suami, Rizal Ashram Ramli tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terus menyebarkan fitnah ke atasnya.

"Tak mungkin kami nak membazir duit buat majlis sebesar itu. Habis tetamu yang hadir dan saksi majlis akad nikah itu siapa? Apa? Ingat kami suka-suka nak berlakon begitu?

"Cubalah fikir cara logik. Pernikahan bukan boleh dibuat main-main. Janganlah suka-suka nak buat cerita yang bukan-bukan.

"Mereka faham tak apa itu bunting pelamin? Saya tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan dakwaan yang tidak masuk akal itu," katanya tegas ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP