NAK TAU INFO KLIK SINI

Thursday, June 28, 2012

SINOPSIS: FILEM MAEL LAMBONG

Salam reader,

KOrang dah layan citer MAEL LAMBONG ke?
GK dengar citer..filem tue sekarang duduk di tangga ke dua tertinggi kutipan sekarang kalah filem Bohsia 2 (jalan kembali) "perbetulkan kalau GK silap"

GK pun akan ke panggung sabtu nie untuk menonton MAEL LAMBONG pasal zizan yang berlakun hehehe..
sinopsis dia pun best juga...
Mael lambung (zizan razak) merupakan seorang penarik kereta terkenal di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah setelah bertemu dengan maria (juliana evans) seorang penyiasatyang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat. Maria diburu kerana mereka mahukan mikrocip yang mana didalamnya penuh dengan maklumat tender projek kerajaan.
Usaha menyelamatkan diri membawa mereka ke Terengganu iaitu kampung halaman Mael. Di kampung, Mael bertemu semula dengan Rozie (shenthy feliziana), bekas kekasihnya yang telah bertunang dengan Tiger (taiyudin bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan antara Mael dan Rozie dulu.
Akhirnya, penjahat yang memburu Maria dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang akan berlaku selepas itu?

cinta tiga segi antara mael lamboung,rozie dan tiger

MIsi mael lambung bersama maria and the gang
 NOTA KAKI:
Movie wajib tonton...

Yuna Lancarkan Video Muzik Rasmi Untuk Lagu ‘Terukir Di Bintang’

Salam reader..

GK memang suka giler lagu "TERUKIR DIBINTANG" nyanyian YUNA nie..sedap sangat bila dengar..lagu dia pun tak lama dalam 3.03 minit je...
Rentak dia lain dari yang lain..selalu GK layan lagu nie bila buka youtube pastu dengar la adik-adik yang kreatif buat video pasal lagu nie tapi sekarang GK dah boleh layan official video lagu nie.

Sebab Yuna baru sahaja melancarkan video muzik rasmi terbaru untuk lagu berhantu beliau, Terukir Di Bintang yang sebelum ini hanya mempunyai video lirik & itu pun sudah mencapai 2.8 juta tontontan.

Sesuai dengan mood lagu yang mengambil inspirasi melodi klasik & ala P. Ramlee, video muzik Terukir Di Bintang yang di’arahkan oleh Zul Luey ini menampilkan set klasik dengan mood separa hitam putih.

GK siap edit gambar anak kesayangan GK nama dia MUHAMMAD AIDIL ZHAFRAN..lagu nie sesuai sangat untuk si comel nie...


Jom la layan video YUNA nie..

KISAH DISEBALIK LAGU "SUDAH CUKUP SUDAH"

Sejak kebelakagan ni kerap deejay memainkan lagu "SUDAH CUKUP SUDAH" nyanyian kumpulan NIRWANA BAND dari indonesia..mesti korang pun layan kan lagu nie tapi korang tau tak bahawa lagu nie sebenarnya kisah benar..ini keratan statement dari kumpulan NIRWANA BAND sendiri..


Kumpulan muzik dari Indonesia iaitu Nirwana yang popular di Malaysia dengan lagu Sudah Cukup Sudah memberitahu lagu itu dihasilkan bagi mengingati sahabat mereka yang mati akibat bunuh diri dalam kejadian beberapa tahun lalu.
Vokalis kumpulan tersebut, Denis berkata, sahabat mereka amat kecewa apabila kekasihnya berlaku curang dan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sehingga menyebabkan kehidupannya menjadi sengsara.
“Sahabat kami ini baik orangnya tetapi dia mendapat teman wanita yang jahat kerana sanggup berlaku curang.
“Setiap malam dia menangis sehinggalah dia mengeluarkan perkataan “sudah cukup sudah... biarlah aku pergi saja,” membuatkan kami amat terharu mendengar luahan hatinya itu,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui sini, baru-baru ini.
Jelas Denis lagi, tidak lama kemudian, mereka mendapat berita lelaki berkenaan ditemui mati akibat membunuh diri sehinggalah mereka mendapat ilham untuk menghasilkan lagu berkenaan.
Katanya, ketika merakamkan lagu tersebut, dia tidak dapat menahan sebak apabila mengenang peristiwa tersebut yang berlaku akibat masalah putus cinta.
“Percaya atau tidak, saya menangis semasa merakamkan lagu itu. Saya benar-benar tak sangka sahabat saya mati akibat bunuh diri. Apabila saya mengilhamkan lagu berkenaan, saya benar-benar berharap contoh itu tidak dikuti oleh semua peminat saya,” katanya.

NOTA KAKI:
Kalau betul apa yang diaorang bagitau nie memang sedih la..teringat lagu CINTA TIGA SEGI yang femes dulu...lebih kurang kisah macam nie la..

CORNETTOLOVE- UDA & DARA

Salam reader ada sapa-sapa pernah tengok rancangan CORNETTOLOVE- UDA & DARA tak?sapa yang ada Astro mesti layan kan..tambah lagi adik -adik remaja tue...rasa love..love...layan rencangan nie..ok mai dekat sikit GK nak story pasal rancangan nie..

 
Cornetto mempersembahkan siri realiti barunya, “Cornetto Uda & Dara”, yang dilancarkan sempena pelancaran varian baru Wall’s Cornetto, Black & White! Rancangan ini bertujuan untuk mengasah bakat dan memupuk keyakinan di kalangan warga muda Malaysia demi membantu mereka menjalin pertalian yang lebih mesra sesama insan – maklumlah, hubungan dan pengalaman yang lebih bermakna boleh dibentuk melalui suatu aktiviti yang semudah berkongsi aiskrim! Dengan khidmat juri selebriti seperti Yasmin Hani, Tony Eusoff, Akim, Stacy dan pemenang MasterChef Malaysia, Chef Ezani, rancangan realiti ini memberi peluang kepada 12 orang peserta untuk mengenali kekuatan, kelemahan, menerokai sifat serta potensi sebenar diri melalui cabaran-cabaran yang menarik! Dua individu yang dipilih sebagai pemenang Uda & Dara akan menerima hadiah wang tunai RM20,000 danhadiah-hadiah yang lain!!

Saksikan rancangan ini setiap hari Rabu, jam 9.00 malam, bermula Mei 16hb melalui Astro Ria!

Ulang Tayang:
Jumaat pada pukul 4 petang
Sabtu pada pukul 3 petang
Ahad pada pukul 11 malam

Ada 12 UDA & DARA mereka ialah:

1.    Ririn
2.    Sue
3.    Mai
4.    Nadiya
5.    Farah
6.    Raha
7.    Munir
8.    Izmar
9.    Arif
10. Ashiq
11. Meor
12. Razzi

NOTA KAKI:
Jom ikuti setiap episod rancangan UDA&DARA klik sini je


Wednesday, June 27, 2012

FUJIFILM EXR HS20 KAMERA SETARAF DSLR

HS20 FUJIFILM EXR 16 Megapiksel super zoom dengan kanta 30x yang stabil dan ada skrin LCD. Dilancarkan pada Januari 2011, HS20 FINEPIX EXR menggantikan HS10.  
Satu jenama baru diterangi CMOS sensor EXR meningkatkan resolusi dari 10 hingga 16 Megapiksel dan resolusi skrin juga dua kali ganda dari 230k ke 460k piksel.  
EXR HS20 mengekalkan kualiti video 1080p30 yang terbaik mod sebelumnya, tetapi sensor baru dan enjin pemprosesan EXR menambah pelbagai adegan baru dan mod komposit, lebih cepat autofocussing, pelbagai pilihan burst shooting dan pengiktirafan adegan diperluaskan.

Sebab untuk membeli FUJIFILM FINEPIX HS20 EXR:
Movie format
Full HD
1080p @ 30fps
High-speed framerate
High speed movies
320 fps
Image stabilization
Image stabilization
Sensor shift (Anjakan sensor)
Light sensitivity
High ISO
12,800 ISO
Screen flips out
Flip-out screen
Great for movies (terbaik untuk video)                         
Panorama
In-camera panoramas
Stitches together multiple photos into a panorama (boleh buat gambar panorama )

Kelebihan FUJIFILM HS20 EXR:

  1. Resolusi yang lebih tinggi movies1080p @ 30fpsvs - Lebih tinggi resolusi Full HD (1080p) video 
  2. Bersaiz besar yang SCREEN 3. 
  3.  Image stabilization Sensor shift - Membantu menghapuskan kabur disebabkan oleh pergerakan kamera kecil 
  4. Rekod kelajuan tinggi movies320 fps- Tangkap peristiwa terlalu cepat untuk mata kasar dan memainkan mereka kembali dalam gerakan super perlahan. 
  5. Mempunyai screen-Keluar skrin flip-boleh membantu apabila mengarang tembakan sukar atau mengambil filem. 
  6. Boleh mewujudkan panorama di-camera bersama-sama beberapa foto untuk perspektif yang luas 
  7. Lebih tinggi resolusi screen 460k dots 
  8. Lebih baik cahaya maksimum sensitivity12, 800 ISO
  9. Shoot faster8 fps Lebih daripada 2.5x shoot lebih cepat dari EOS 1100d

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP