Sejak kebelakagan ni kerap deejay memainkan lagu "SUDAH CUKUP SUDAH" nyanyian kumpulan NIRWANA BAND dari indonesia..mesti korang pun layan kan lagu nie tapi korang tau tak bahawa lagu nie sebenarnya kisah benar..ini keratan statement dari kumpulan NIRWANA BAND sendiri..
Kumpulan muzik dari Indonesia iaitu Nirwana yang popular di Malaysia dengan lagu Sudah Cukup Sudah memberitahu lagu itu dihasilkan bagi mengingati sahabat mereka yang mati akibat bunuh diri dalam kejadian beberapa tahun lalu.Vokalis kumpulan tersebut, Denis berkata, sahabat mereka amat kecewa apabila kekasihnya berlaku curang dan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sehingga menyebabkan kehidupannya menjadi sengsara.“Sahabat kami ini baik orangnya tetapi dia mendapat teman wanita yang jahat kerana sanggup berlaku curang.“Setiap malam dia menangis sehinggalah dia mengeluarkan perkataan “sudah cukup sudah... biarlah aku pergi saja,” membuatkan kami amat terharu mendengar luahan hatinya itu,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui sini, baru-baru ini.Jelas Denis lagi, tidak lama kemudian, mereka mendapat berita lelaki berkenaan ditemui mati akibat membunuh diri sehinggalah mereka mendapat ilham untuk menghasilkan lagu berkenaan.Katanya, ketika merakamkan lagu tersebut, dia tidak dapat menahan sebak apabila mengenang peristiwa tersebut yang berlaku akibat masalah putus cinta.“Percaya atau tidak, saya menangis semasa merakamkan lagu itu. Saya benar-benar tak sangka sahabat saya mati akibat bunuh diri. Apabila saya mengilhamkan lagu berkenaan, saya benar-benar berharap contoh itu tidak dikuti oleh semua peminat saya,” katanya.
NOTA KAKI:
Kalau betul apa yang diaorang bagitau nie memang sedih la..teringat lagu CINTA TIGA SEGI yang femes dulu...lebih kurang kisah macam nie la..
KAK MUNNA SUKA SGT DENGAR LAGU NI SKRG NI....
ReplyDeletehanya mereka yang tahu kebenarannya...
ReplyDeletetapi lagu ni best maksudnya sangat mendalam...
tue la GK pikir kalau betul lagu nie memang dicipta sebab teman diorang..memang berbaloi la..sebab lagu nie memang sedap..
ReplyDeletefirst time eza dgaq lagu ni pon da jatuh cinta.. lirik dia sgt melekat di hati.. huhu..
ReplyDelete