Kita marah orang tanya kita Islam ke kafir
Tapi kita tak pernah tunaikan solat 5 waktu.
Kita marah bila orang pandang-pandang 'barang baik' kita
Tapi kita sendiri tak menghalang pandangan mereka dengan
menutup aurat.
Kita marah bila orang menghina Allah, Rasul dan agama kita
Tapi kita hanya mampu mencaci maki mereka tanpa bertindak
apa-apa.
Kita marah bila ada orang lain ajak adik atau kakak kita
tidur dengan mereka di bilik
Tapi kita lupa yang kita keluar masuk bilik usung adik dan
kakak orang lain.
Kita marah bila orang kata kita bodoh
Tapi kita sendiri yang malas untuk menjadi pandai.
Kita marah bila orang lain buat salah
Tapi bila kita buat salah kita tak dapat terima.
Kita marah bila orang kutuk belakang kita
Tapi bila kita kutuk orang tak ingat dunia.
Kerana marah kita hilang pertimbangan,
kerana marah kita hilang akal,
kerana marah kita seperti dirasuk syaitan.
Kawal amarah mu kerana apabila seorang anak adam di kuasai
dengan perasaan marah, itu yang membuat syaitan menyukai kita dan memudahkan
lagi untuk dia menghasut kita. Banyakkan bersabar..
No comments :
Post a Comment
Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。