NAK TAU INFO KLIK SINI

Tuesday, February 19, 2013

FIDA IBRAHIM MENJAUHKAN DIRI DARI ZALIF SIDEK

Sebelum ini hangat mengatakan zalif bercinta dengan Fida penyanyi "apo kena eh jang"..GK tengok fida nie bagus la..dia memilih pakwe bukan kerana rupa tapi Fida lebih selesa memilih lelaki yang kelakar...sebelum ini mamat sepah sekarang nie mat saja pulak(watak dalam bini-bini ku gangster)..
Apa-apa pun GK nak ucapakan tahniah semoga berkekalan...

 Tapi adatlah dalam bercinta baru-baru nie GK terbaca kat Ohbulan yang Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 26 telah diserang oleh seorang wanita yang mengaku sebagai teman wanita Zalif Sidek dan berikutan insiden tersebut, Fida dikatakan telah mula menjauhkan diri serta enggan membalas BBM (mesej BlackBerry) yang dihantar oleh pelakon lelaki tersebut.
Pihak OHBULAN! telah mendapatkan Zalif dan bertanyakan lebih lanjut mengenai status terkini hubungannya dengan Fida.Adakah mereka masih berkawan ataupun sudah membawa haluan masing-masing?“Status saya dengan Fida masih lagi berkawan baik seperti mana saya berkawan dengan orang lain. Walaupun saya tahu sekarang ini dia banyak berdiam diri, tetapi saya tetap akan tegur dia kalau kami terserempak di mana-mana majlis.”“Saya tidak akan bermusuh dengan dia. Saya akui setiap orang mempunyai kesilapan dan kami pun masing-masing ada buat salah.”“Mungkin kami baru sahaja berkawan, jadi saya belum sempat nak berterus terang dekat dia semua perkara yang pernah saya lalui sebelum ini. Dengan siapa saya berkawan dan dengan siapa saya pernah rapat, semua itu saya belum sempat nak kongsi sebab masing-masing sibuk bekerja.”“Mungkin ini adalah pengajaran buat saya untuk tidak terlalu terbuka menceritakan kepada umum mengenai hubungan rapat kami.”
post signature

3 comments :

  1. hmmm...Fida artis baru banyak kontroversi...saya rasa elok dia berjaya dulu..

    ReplyDelete
  2. bagus le tu..elok fokus dgn kerjaya n bisnes dia dulu...byk beno kontrovesi

    nice blog..suke lah landing2 sini..kemas aje..

    ReplyDelete

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP