NAK TAU INFO KLIK SINI

Wednesday, May 21, 2014

2 EKOR PANDA SUDAH SAMPAI MALAYSIA

Selamat datang diucapkan kepada 2 ekor panda yang dipinjamkan oleh kerajaan China kepada Malaysia selama 10 tahun iaitu Fu Wa dan Feng Yi..selepas ni sapa-sapa yang nak bagi panda makan buluh dipersilakan ke zoo negara..tapi kena tunggu 30 hari dulu ye..sebab panda ni nak dikuarantin kan....

Jom layan gambar panda-panda ni sampai ke Malaysia: sumber gambar dari Hmetro




SEDUTAN DARI BH:

Pasangan panda, Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) yang dipinjamkan oleh Kerajaan China kepada Malaysia selama 10 tahun, selamat tiba di Kompleks MASKargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada jam 7.53 pagi tadi. Ketibaan dua ekor panda yang dibawa menaiki penerbangan khas, MH6462 MASKargo, dari pangkalan panda gergasi di Dujiangyan, Chengdu, China itu disambut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel dan Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang. Ia dijangka dapat ditonton oleh pengunjung Zoo Negara, akhir Jun ini.Ketibaan pasangan panda itu sangat bermakna buat Malaysia memandangkan kedua-dua negara bakal merayakan Ulang tahun Ke-40 hubungan Diplomatik Malaysia-China.Feng Yi bermaksud Phoenix/unik luar biasa dan Fu Wa (bertuah) yang dilahirkan pada 23 Ogos 2003 itu, antara lapan panda yang mendapat perhatian ramai dan turut menyerikan Olimpik Beijing 2008.Sebelum ini, media melaporkan Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA), menandatangani memorandum persefahaman (MoU) meminjam dua beruang panda daripada republik itu selama 10 tahun.Ia dilakukan menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.Melalui program perjanjian yang ditandatangani pada 2012 itu, Malaysia akan berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi, selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.Penghantaran pasangan panda itu pada mulanya dijadual pada 16 April lepas, tetapi ditangguh, berikutan kerajaan China mahu menumpukan usahanya untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.Palanivel dalam ucapannya sempena ketibaan itu, berkata pasangan panda berkenaan akan terus dibawa ke Zoo Negara untuk dikuarantinkan selama 30 hari di ekshibitnya yang sudah siap dibina. 


post signature

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP