Lama rasanya GK tak menconteng di blog ni...dah rindu sangat nak kongsi info dengan korang..(walaupun tau bukan ramai pun yang baca blog nie...tapi at least sorang dua yang baca dan ok la tu..kira sampai la ilmu yang hendak dikongsi tu)
GK tau kat luar sana ramai yang teringin nak anak...pantang orang kata ubat ni bagus untuk subur semua pakat-pakat nak beli...GK tau la sebab GK dulu pun tunggu setahun juga la nak dapat baby...Sekarang dah dua anak GK...alhamdulilah rezeki dari Allah...
Ok berbalik pada tajuk diatas...GK ada download satu aplikasi ni dari google play..nama aplikasi ni
Period & Ovulation Tracker ..lambang dia macam nie..
GK suggest pada yang nak merancang kehamilan atau rancang nak jarak kehamilan untuk download aplikasi ni...GK dah download dah aplikasi ni sikit sebanyak membantu GK untuk menjarakkan kehamilan...sebab anak sulung GK baru 3 tahun dan anak yang no dua baru berusia 7 bulan...jadi GK plan 4 tahun lagi baru nak pregnant pulak...
Aplikasi ni bukan saja sesuai untuk yang nak jarakkan kehamilan..nak hamil pun boleh guna aplikasi ni...mesti korang pelik macam ne ye...
Ok, korang wajib install dulu aplikasi nie...pastu korang masukkan tarikh last period korang...
Cuba korang perhati kalender dibawah...selepas korang set tarikh akhir period korang siap dengan cycle date period korang (kalau tak sure cycle date period korang assume je dalam 30 hari untuk period yang normal la) pastu korang akan dapat tau bila tarikh next period korang, tarikh pengeluaran telur korang (ni tarikh pensenyawaan, sapa yang nak pregnant please take note tarikh ovulation day ni), tarikh jangka period pun boleh tau dan tarikh subur atau fertile days pun korang akan tau...
macam
ne nak pastikan benda ni betul ke tak...korang try dulu untuk
sebulan...set dulu tarikh period yang bulan ni punye contoh:
last period: 10hb april 2014
cycle length (kitaran period) : 30 days
Period length (berapa hari selalu perod dalam sebulan): 7 days
Cuba tengok dia set tarikh period bulan mei nie naik berapa hari bulan..dan sila buat alarm..make sure tarikh tu sama dengan tarikh yang tercatat dala period tracker tue...andai kata betul...(sebab GK punyer tepat)..maka korang boleh guna tarikh persenyawaan itu untuk merancang kehamilan..
Cuba la...tak payah telan ubat...tapi yang penting berdoa...usaha dan tawakal...
NOTA KAKI:
Kalau tak paham boleh tanya ye..
No comments :
Post a Comment
Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。