NAK TAU INFO KLIK SINI

Tuesday, July 8, 2014

BANYAKNYA DUIT PAKCIK...

Suatu Kisah...

Melipat gandakan sodakoh di bulan Ramadan.

...Seperti biasa sebelum azan Jumaat dikumandangkan, tabung derma bergerak lalu di hadapanku. Aku meraba beg duit dan mengambilnya dari poket belakang seluar.

Ohh... duit besar belaka rupanya dan aku kembalikan semula dalam poket belakang seluar. Aku seluk poket baju kemeja ada RM2.00 lalu aku masukkan ke dalam tabung berkenaan.

Tiba-tiba bahuku dicuit dari belakang dan seorang tua dengan baju yang sudah usang menghulurkan 2 keping duit RM 50.00 lalu aku masukkan ke dalam tabung dan sorong ke orang sebelah.
Terasa malu giler aku yang berpakaian kemas menderma cuma RM2.00 sedangkan pakcik tua tu menderma RM100.00. Aku toleh kembali ke belakang lalu menyapa Pak Cik tua tersebut...

"Banyak Pak Cik derma... mulia hati Pak Cik..."

"Takkk... duit anak yang terjatuh masa ambik beg duit tadi..."

Tabung dah bergerak jauh. Maka berlipat-gandalah sodakoh aku...

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP