Sebetulnya GK memang membesar dengan lagu-lagu slam, spring, soin, screen, stings, news boys , ukays dan sezaman dengannya..tapi dalam banyak-banyak group GK memang suka SLAM, SPRING dan UKays la...kebetulan pulak dapat suami pun memang minat spring dan slam so memang ngam la...
Semalam masa dok download lagu Slam tajuk "BUAT SEORANG KEKASIH" GK terjumpa satu komen di youtube yang bagi GK amatlah sedih dan menyayat hati...terus terang GK nak bagitau kat korang GK memang suka baca komen kat youtube tapi GK jarang nak komen...kadang kala komen-komen video klip lagu jiwang ni lebih best nak baca sebab setiap pengomen tu mesti ada kisah tersendiri untuk sesebuah lagu tu...
Kisah benar pengomen ni buat GK tak tidur malam dok pikir pasal dia saja..walaupun cara penceritaan macam skrip dalam drama tapi bila difikir balik skrip drama pun berdasarkan kehidupan seharian kita juga...
Ok korang mesti tak sabar nak baca kisah mamat ni kan...sebelum itu, izinkan GK nak buat ringkasan dulu,
Kisah mamat ni, mamat ni berasal dari kangar, Perlis senegeri dengan GK tau, dia ada tunang tapi beberapa hari sebelum nak kahwin tunang dia mati kemalangan dan dia pun koma 15 hari..bila sedar dia hanya dapat menzirah kubur tunangnya tanpa sempat menatap tunang dengan kali yang terakhir, dia amat sedih dan tak dapat terima takdir. Dia kata dia tak boleh dengar langsung lagu "BUAT SEORANG KEKASIH" ni sebab bait-bait lagu ni kena sangat dengan kisah silam dia..nak jadi cerita bakal pak mentua dia suruh dia kawin dengan adik tunangnya,,selepas dia sembahyang istiqarah dia dapat petunjuk dan bersetuju kawin dengan adik bekas tunangnya itu, tapi perasaan sayang dan cinta pada bekas tunangnya masih mendalam...selanjutnya korang baca la ye sendiri...jangan korang nangis dah la...
Part yang paling GK sedih sangat bila dia kata selepas kawin dengan adik bekas tunangnya itu dia masih tak dapat melupakan arwah tunangnya dan terasa arwah masih ada dalam rumah itu dan senyum padanya dan wajah itu ada dimana-mana saja dalam rumah tu...yang tu part paling touching....
Ini GK ada buat screen shot kot korang nak baca bagi puas...huhuhu..
Jom layan lagu "BUAT SEORANG KEKASIH" nyanyian Slam..
amboi panjang2nya komen mereka di You Tube.. saya pon suka lagu ni! Peace!
ReplyDeletehuwaaaaa sedihnye!
ReplyDeleteHi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!
ReplyDeleteasalamualaikum cik Gadis Kampung..sambil pusing2 dalam tenet terjumpa entry ni..terima kasih kerana sudi berkongsi kisah duka saya...maaf saya xboleh nk perkenalkan secara terus diri saya...cerita tu adalah sebahagian kisah lama saya...cuma ada memori sikit2 saja..saya dh buang jauh2 semua tu..perlu fokus terhadap keluarga dan masa depan saya...komen tu bnyk terima feedback..baik positif juga negatif..terima kasih pada yg fhm penceritaan saya...juga saya tak ambik hati pun pada yg x suka...drama?memang itu drama kehidupan lampau yg masih hidup dalam fikiran...susah nk buang...dah hampir 20 tahun dah...cuma saya nk cakap,apa perasaan kalau sesuatu yg paling kita sayangi hilang dalam sekelip mata...x mungkin akan kembali sampai bila2..itu saja nk saya sampaikan..nice blog...teruskan usaha cik...wasalam...
ReplyDelete