NAK TAU INFO KLIK SINI

Friday, July 4, 2014

BILA PENGACARA NONA BERHIJAB

Syukur alhamdulilah kehadrat ilahi sebab bagi hidayah kepada 2 pengacara nona ini...
Kalau sebelum ini kita dok tengok Fara Fauzana dah mula memakai selendang dan berhijab walapun tak sepenuhnya menutup aurat...harap dia akan bertudung litup seperti dituntunt oleh syarak...amin...

Ini kata-kata Fara Fauzana:
"Hati saya sedih apabila orang kata saya berubah kerana lelaki dan ingin berkahwin. Sedangkan saya berubah kerana Allah bukan kerana orang lain.""Ya, memang saya ada pasang niat untuk berhijab suatu hari nanti tetapi ia berlaku tanpa dirancang. Bermula Mac lalu, pada suatu pagi saya bekerja seperti biasa."Sudah menjadi kebiasaan saya menggunakan selendang ketika berada dalam konti kerana sejuk. Bagaimanapun, selepas habis waktu kerja saya masih memakai selendang dan apabila ingin tanggalkan selendang itu, saya rasa seperti kepala togel, jadi saya sarung kembali selendang itu," ujarnya.Jelasnya, sehingga ke hari ini dia masih tidak dapat menjelaskan perasaannya apabila sudah berhijab. Apa yang boleh dikongsikan, selain mendapat ketenangan hati, dirinya juga berubah menjadi lebih tenang."Sebelum ini saya seorang yang mudah melenting, terutamanya dalam bab kerja. Saya seorang yang sukakan kesempurnaan apabila bekerja."Namun, sejak berhijab saya boleh mengawal emosi dengan lebih baik. Tidak cepat melenting dan lebih mengawal tutur kata," ucap anak kedua daripada tiga adik-beradik itu.


Terbaru Nealofa pulak mengikut jejak Fara Fauzana dengan memakai hijab..

Ini pulak luahan Nealofa:
“Memang betul ini imej terbaru daripada saya dan kenapa saya pilih untuk berhijab biarlah ianya kekal sebagai cerita peribadi saya.
“Alhamdulillah akhirnya apa yang saya inginkan selama ini dapat juga direalisasikan dengan sempurna. Walaupun pernah ragu-ragu tetapi inilah yang saya inginkan dan bersyukur ruang itu diberikan dengan baik untuk saya berhijrah dan bertudung,” kata pengacara dan pelakon Noor Neelofa Mohd Noor, 25, mengenai penampilan terbarunya kepada Astro Gempak.“Tiada sesiapa pun yang paksa atau mencadangkan saya supaya bertudung tapi memang saya sendiri dah lama fikirkan tentang perkara ini.
“Penghijrahan ini ikhlas dan saya lakukan dengan rela hati. Mengapa saya mengambil keputusan ini biarlah saya sahaja yang tahu,” katanya.

“Insya-Allah ini adalah diri saya sekarang dan Neelofa yang baru. Saya berharap dan yakin peminat akan menerima saya seadanya, malah mereka adalah pembakar semangat saya.
“Saya juga berharap agar masyarakat di luar sana terus mendoakan dan menyokong saya. Kepada yang sentiasa memberikan sokongan, terima kasih dan saya menghargainya,” ujarnya.
post signature

1 comment :

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP