NAK TAU INFO KLIK SINI

Friday, July 4, 2014

KERETA PERISAI ASKAR TERBALIK- DUA ASKAR TERBUNUH

Menurut sumber, dalam kejadian itu, kenderaan yang dinaiki anggota terbabit dipercayai dalam perjalanan menuruni kawasan laluan berbukit sebelum hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan serta terbalik.

“Sarjan Bayong Burmayang mengalami kecederaan teruk di seluruh anggota badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakan setugasnya, Koperal Che Mohd Fatonah Che Ismail, 31, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar.
Foto
KEADAAN kereta perisai yang terbalik.

“Dua lagi anggota tentera yang cedera ialah Koperal Sharifuffin Abdullah, 36, dan Lans Koperal Fredi Barnabas, 29. Mereka kini dirawat di hospital sama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Ismail Darus berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada orang awam pada jam 6.46 petang.

“Ketika jentera pertama tiba di lokasi kejadian, anggota kami mendapati sebuah kereta perisai terbalik dan terdapat empat anggota tentera di dalam kenderaan berkenaan.

“Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk tindakan seterusnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.


post signature

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP