NAK TAU INFO KLIK SINI

Saturday, August 23, 2014

MH70 DIARAH PATAH BALIK ATAS FAKTOR KESELAMATAN

Portal rasmi MAS menunjukkan penerbangan MH70 telah dijadualkan semula dan akan tiba di Tokyo pada jam 9.25 malam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH70 yang sudah berlepas kira-kira 50 minit ke Tokyo terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur kerana masalah keselamatan yang ditemui semasa dalam penerbangan.
Lapor MalaysiaKini, pesawat MH70 mula berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada jam 10.50 pagi dan dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang Narita.
Sebaik tiba di KLIA, penumpang dimaklumkan bahawa penerbangan ke Tokyo ditangguhkan pada jam 1.15 petang menggunakan pesawat yang lain.
Menurut salah seorang penumpang, pengumuman tersebut telah dibuat oleh juruterbang.
“Skrin radar (paparan laluan penerbangan di tempat duduk penumpang) menunjukkan pesawat itu membelok ke kiri, lama sebelum pengumuman tersebut.
“Saya keliru pada mulanya namun jelas selepas pengumuman dibuat mengenai perkara berkenaan, ” kata penumpang tersebut, Victor Tan kepada MalaysiaKini.
Portal rasmi MAS menunjukkan penerbangan MH70 telah dijadualkan semula dan akan tiba di Tokyo pada jam 9.25 malam.
Laman menjejak pesawat Flightradar24 menunjukkan MH70 hanya membuat pusingan di kawasan perlepasan sebelum membuat pusingan balik.
Sumber: astroawani

No comments :

Post a Comment

Seronok tak entry nie?Komen la sikit..。^◕‿◕^。

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP